UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Di sebalik rusuhan pekerja Indonesia di Nilai

Assalamualaikum wm wbt,

Kejadian rusuhan baru-baru ini yang melibatkan pekerja-pekerja asing rakyat Indonesia di Nilai dan orang-orang Acheh di Dengkil dikatakan tidak berlaku secara sepontan tetapi didalangi oleh kerajaan Malaysia. Begitulah yang didedahkan oleh ‘orang-orang dalam’ di agensi-agensi kerajaan yang tertentu.

Dikatakan beberapa orang dikalangan pekerja-pekerja asing dari rakyat Indonesia telah diupah oleh agensi-agensi kerajaan Malaysia supaya menghasut pekerja-pekerja asing Indonesia yang lain untuk bertindak ganas, dan dari rusuhan-rusushan yang berlaku itu, maka kerajaan Malaysia punyai helah untuk menghantar mereka pulang disamping menyekat pengambilan kemasukkan pekerja-pekerja baru dari Indonesia.

Motif kerajaan Malaysia itu bukan sahaja kerana bilangan pekerja-pekerja Indonesia sudah berlebihan dalam keadaan ekonomi kian merundum, tetapi ianya juga bertujuan untuk memastikan anggota kumpulan-kumpulan Islam terutamanya orang Acheh yang sedang diburu di Indonesia secara kerjasama dengan Amerika Syarikat tidak lari masuk ke Malaysia sebagai pekerja-pekerja asing.

Dalam kejadian di Nilai pada awal pagi Khamis 17 Januari, 2002 lebih kurang 500 pekerja asing rakyat Indonesia di asrama Kilang Hualon Corporation (M) Sdn Bhd telah menyerang anggota polis yang melakukan pemerikasaan salahguna dadah. Beberapa hari kemudiannya, iaitu pada Ahad, 20 Januari, 2002 telah berlaku pula di Dengkil perbalahan antara warga Indonesia dari keturunan Acheh yang menetap di negara ini. Sebanyak 5 warung kepunyaan orang Acheh sendiri telah dibakar.

Dikatakan rusuhan dikalangan orang-orang Acheh itu dirancang oleh kerajaan Malaysia untuk memulakan exercise menghantar sebanyak mungkin dari orang-orang Acheh itu pulang. Ianya ada kaitan dengan kerjasama antara kerajaan Dr Mahathir dan Megawati bersama Amerika Syarikat dalam memerangi Islam atas helah memerangi keganasan.

Memangnya perlu dikurangkan pekerja asing untuk memberi peluang kerja kepada rakyat Malaysia sendiri dalam keadaan ekonomi negara yang semakin merosot. Malah usaha mengurangkan pekerja-pekerja asing perlu kerana kerajaan sendiri akui (tanpa menghebohkannya) bahawa ekonomi akan merundum lagi. Tetapi cara kerajaan Dr Mahathir yang telah mendalangi rusuhan-rusuhan yang melibatkan pekerja-pekerja Indonesia itu untuk mencari helah menghantar mereka pulang adalah perbuatan yang kejam dan zalim.

Bukankah lebih elok jika kerajaan Dr Mahathir berterus-terang dan tidak bersandiwara. Katakan sahaja ekonomi semakin runcing dan dengan itu pekerja-pekerja asing perlu dikurangkan. Tak payahlah diupah sesetengah pekerja Indonesia untuk menghasut pekerja yang lain melakukan rusuhan untuk dijadikan helah bagi pelaksanaan dasar baru, iaitu dasar mengurangkan pengambilan pekerja-pekerja asing dari Indonesia.

Kerajaan Dr Mahathir telah mengumumkan dasar menghentikan pengambilan pekerja dari Indonesia dan jika perlu hendaklah dicari pekerja-pekerja asing dari negara-negara yang lain. Ada dakwaan negara-negara lain yang dimaksudkan itu adalah Afghanistan dan Korea Utara.

Kerajaan Malaysia dikatakan akan membawa masuk pekerja-pekerja dari Afghanistan, iaitu dari kalangan penyokong-penyokong Pakatan Utara yang telah bersubahat dengan tentera kuffar Amerika Syarikat dalam mengulingkan kerajaan Taleban. Pengambilan pekerja dari Afghanistan ini adalah untuk membantu kerajaan Karzai di Kabul mendapat matawang asing. Kalau benar dakwaan ini dan pekerja asing dari kalangan penyokong Pakatan Utara dibawa ke negara ini, maka akan bertambahlah nanti kes-kes rogol di Malaysia.

Kerajaan Malaysia juga dikatakan akan menerima tawaran dari kerajaan Korea Utara untuk mengeksport tenaga kerja ke Malayisa dengan bayarannya berupa bekalan minyak kelapa sawit kepada Korea Utara. Ini kaedah counter trading dimana tenaga kerja digantikan dengan barangan. Dengan kaedah ini, Malaysia akan dapat mengurangkan lagi bekalan minyak kelapa sawit yang berlebihan dipasaran dunia yang telah menyebabkan harga turun.

Apa jua pun, yang penting adalah jangan dianiayai pekerja-pekerja asing dari rakyat Indonesia. Mereka telah banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Kalau hendak menghantar mereka pulang kerana kemerosotan ekonomi kian bertambah teruk, maka lakukanlah mengikut kaedah Islam yang berlandaskan peri kemanusian. Janganlah diupah orang menghasut mereka untuk merusuh untuk digunakan sebagai helah menghantar mereka pulang tanpa pampasan dan tanpa mengucapkan terima kasih kepada mereka. Yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia adalah selepas madu dihisap sepah dibuang.

Nampaknya kerajaan Dr Mahathir perlu diajar untuk berterima kasih.

Tarabulsi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com