UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Hentikanlah perbuatan pengampu - Fikirlah nasib rakyat

Saya ingin memberikan respon tentang tulisan Tepak Bersulam yg bermati-matian mempertahankan MB Selangor Dr.Khir Toyo seolah-olah beliau malaikat..langsung tidak mempunyai dosa dan kesalahan @ suci dan Quddus (ewah..)Saya terpanggil kerana sehingga ke saat ini BPR langsung belum mengemukakan sebarang pengumuman tentang kes laporan rasuah Khir Toyo.

Berdsarkan kes2 dan skandal sblm ini spt skandal Khalil Yaakob,Rahim Tambhi Chik,Rafidah Aziz,Eric Chua, dll(kesayangan Mahathir)saya berani nyatakan bahawa kes ini juga akan ditutup!Apa nak buat..Malaysia boleh..org2 ada kuasa..mrk boleh membuat apa shj tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat yg ramai lagi susah dan memerlukan bantuan.Tak palah Khir Toyo..habiskan,rembat dan sapu semua hasil dan kekayaan di Selangor..tetapi ingat!Allah Maha Adil dan Berkuasa!Tunggulah akan azab dan seksa yg sedang menanti kamu selepas ini..mungkin kamu boleh memperbodohkan rakyat yg miskin lagi dhaif tetapi bukan Allah SWT.Hentikanl ah segala perbuatan sumbang kamu..insaflah!Sejarah telah membuktikan..setiap pemimpin yg mengabaikan amanah yg dipertggjwbkan kpd mrk..pasti akan jatuh dan terlingkup..TUNGGULAH saat itu akan tiba juga..Kepada Tepak Bersulam..jauh di sudut hati saudara..saya percaya saudara tahu akan segala kejahatan dan kebuasan idola saudara..tetapi melihatkan segala habuan yg lumayan saudara telah gelap mata dan sanggup bersekongkol demi keuntungan dunia yg sedikit..saya yakin memang benar khir Toyo terlibat(sbb ada bukti di BPR)wpun skrg ini kamu boleh bergembira..lain masa belum tentu!Ingatlah segala pembalasan dpd Allah SWT nanti.. Tentang isu tanah di Bangi..Tepak mengatakan apa salahnya MB membeli rumah..memang tak salah membeli rumah..tetapi yg tak betulnya kenapa perlu berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri yg mulia?

Mentang-mentang Lutfi belum lapor,sedapjee ngaku takde duit nak beli..rupa-rupanya dah dibayarpun..bila Lutfi dah lapor pulak..dgn selamba berkata..Apa salahnya beli rumah? Ya salamm..apa ni saudara Tepak..org yg berbohong di DUN boleh kita nak percaya lagi?Bukan ke berbohong tu tanda2 org Munafik! Lagi satu yg saya perasan saudara selalu mengatakan yg Lutfi seorang pemfitnah..nanti dulu..saudara sering menghebohkan tentang Dr.Zainal,Mokhtar Dahlan dan Shariff Jajang yg membocorkan tentang segala dokumen berkaitan salah laku Khir Toyo..apakah ini membuktikan yg segala laporan Lutfi itu benar?Kalau tak benar tentu saudara tidak kisah tentang siapa yg membocorkan rahsia..betul tak? Contohnya..alaaah apa nak takut..semua tu tak betul ..lantaklah siapa nak bocorkan..Peliktak?

Kata semua tu fitnah Lutfi..habis kenapa sebuk2 nak tuduh org itulah..org inilah yg bocorkan rahsia..nampak sangat yg saudara tu yg kaki fitnah dan putar belit!Apapun saya berani mengatakan yg Khir Toyo memang terlibat!Segala bukti yg diberikan oleh Lutfi adalah benar..kalau betul Lutfi pemfitnah dan pembohong kenapa tidak mahu ambil tindakan mahkamah ataupun saman malu?!

Kenapa? Saman ajelah kan Lutfi tu pembohong dan pemfitnah..apa nak takut kalau kamu benar wahai Tepak Bersulam! Soalan saya yg mahu dijawab dgn segera oleh Tepak Bersulam..Kenapa Khir Toyo tidak mahu menyaman Lutfi walaupun dikatakan melakukan pelbagai kesalahan dan jenayah?Sila jawab dgn segera..umum sedang menunggu..

Syed Ghafur Ali






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com