UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




AgendaDaily ada agenda besar dalam kes rasuah Khir Toyo?

Menurut perbahasan dalam Forum Gerak Reformasi, beberapa sumber mendakwa tenaga penting di belakang sebuah laman web AgendaDaily merupakan antara penggerak kumpulan Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang kini giat berhempas-pulas berusaha mempertahankan Khir daripada terlucut jawatannya ekoran pendedahan Ahmad Lutfi Othman tentang kes rasuahnya.

Antara nama yang disebut secara jelas ialah pemiliknya Rosli Ismail, bekas wartawan Utusan Malaysia dan penyumbang tetap kepada portal berita itu, Roslan Bian. Tidak pula dipastikan apakah mereka juga turut bersama beberapa laman web Umno yang akhir-akhir semakin giat melancarkan serangan balas kepada Ahmad Lutfi.

AgendaDaily pernah membuat wawancara eksklusif bersama Dr Khir, namun apabila Menteri Besar termuda itu dituduh terbabit dalam kancah rasuah, laman web itu tidak pula bertindak sembrono mempertahankannya. Ia memberi liputan agak seimbang dan kemudiannya mengambil sikap untuk tidak menyiarkan langsung apa saja perkembangan yang berlaku dalam kes ini.

Bagaimanapun menurut sumber yang menulis dalam FGR, Roslan Bian dikatakan menulis dalam ruangan surat pembaca, Utusan Malaysia, yang menggesa agar beberapa tokoh kanan dalam Umno Selangor dilucutkan jawatan daripada menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor. Dan kandungan surat atas nama Kelana Ariff itu bertepatan pula dengan apa yang dihebohkan melalui laman-laman web tajaan Khir sendiri.

Tujuan mereka hanya satu: iaitu memudahkan usaha Khir selepas ini untuk membuat rombakan besar-besaran bagi menyingkirkan semua Exco kanan yang dikira bersubahat membocorkan rahsia keputusan Exco kepada Ahmad Lutfi.

Bagi pakar strategi Khir dan penggerak rancangan politiknya, Dr Karim Mansor, segala tindakan rombakan kabinet yang dijangka dibuat selepas bulan Syawal ini, harus dilihat datangnya dari kehendak akar umbi, dan bukannya dari dirinya sendiri. Beliau tidak mahu dilihat sebagai orang yang mahu membalas dendam terhadap mereka yang disyakki sebagai musuh dalam selimut yang menikamnya dari belakang.

Dan akhbar Utusan Malaysia dikira berkemampuan untuk menarik simpati rakyat terhadap Khir dan akan menyiarkan banyak lagi rencana yang natijah akhirnya akan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga anggota Exco kanan akan tercicir. Surat-surat pembaca akan digunakan bagi menggambarkan kepada pihak lebih atas dalam Umno bahawa ahli-ahli Umno mahukan siapa saja yang diragui sebagai pengkhinatan parti akan disingkirkan dari sebarang jawatan penting dalam kerajaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com