UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




"Geng Mamak " mengganas di IK

Kempen Pilihanraya kecil N08 Dun Indera Kayangan (IK) semakin ganas.UMNO mula melancarkan kempen dengan mengupah samseng -samseng dari luar negeri Perlis untuk membuat kacau menggugut,menculik , memukul serta merosakkan kenderaan petugas BA. Pagi Ahad lepas kira-kira 150 orang gangster UMNO memukul Exco Pemuda Keadilan Saudara Johari Yasin .Beliau diculik seterusnya dibelasah oleh sekumpulah samseng upahan UMNO tetapi sebaliknya berita yang keluar di TV3 " petugas Keadilan melanggar 2 anggota polis menyebabkan polis cedera ringan di kaki".

Ketandusan isu menyebabkan BN masuk Pilihanraya kali ini dengan cara yang ganas seperti plot filem Bollywood, BN kini berada dikedudukan "Jahat", manakala BA dikedudukan "Baik " .Kita sedia maklum pemerintah Malaysia hari ini terdiri dari "geng mamak" yang terdiri dari nama -nama Mahathir Iskandar Kutty , Kadir Sheikh Fadzil, Zainudin Maidin serta Aziz Sheikh Fadzil dll

Rompakan Terancang

Kita jangan hairan jika "geng mamak" melalui balaci-balaci upahan mereka ini bertindak lebih jauh dari itu yang tidak pernah terfikir oleh orang melayu yang tinggi dengan adap sopannya itu. Lihatlah betapa rakusnya "geng mamak" merompak hasil royalti minyak untuk Kerajaan Terengganu yang dipilih secara sah oleh majoriti rakyat Terengganu.Wang royalti semenjak zaman Tun Razak yang diberi kepada kerajaan Terengganu dirompak seterusnya ditukarkan dengan "Wang Ehsan" tetapi kenapa negeri lain seperti Sabah lain pulak statusnya tetap dibayar royalti.

Walaupun mereka memberi perbagai alasan bagi mengiyakan perbuatan durjana mereka kita rakyat marhaen bukanlah lembu-lembu yang boleh dicucuk hidung.Lihatlah bukti laporan penyelewengan "Wang Ehsan" yang diagihkan oleh pertubuhan haram JKKK

[http://www.parti-pas.org/terengganu/281201wang_ihsan.htm].

Bukan setakat duit royalti minyak Terengganu tetapi lebih 7 juta duit Tabung Haji juga dirompak oleh "geng mamak".Dalam banyak "modus operandi" rompakan mereka, mereka akan mengkambing hitamkan orang lain setekah kes "rompakan" mereka diketahui umum. Lihat kes BMF di Hong Kong dahulu samada saksi utama dibunuh ataupun diheret ke "Mahkamah Rimba" mereka untuk dibicarakan kononya bagi mengelabui mata rakyat. Kalau dalam rompakan BMF dahulu Jalil saksi utama dibunuh, rompakan senjata Sauk saksi utama Mat Amin juga akan dibunuh manakala dalam rompakan Tabung Haji beberapa korban lagi akan dikambing hitamkan.Kita semua sedia maklum bahawa majoriti penyimpan dalam Tabung Haji ialah orang islam yang terdiri dari orang-orang tua di kampong yang menyimpan hasil titik peluh mereka untuk tujuan menunaikan ibadat haji di Mekah.

Keganasan "Geng Mamak " pernah mencapai kemuncaknya bila Ust Ibrahim Mahmud@ Libya dibunuh dengan kejam bersama 14 orang kampung Memali tidak sampai 24 jam berunding sedangkan Komunis yang lengkap bersenjata didalam hutan boleh diadakan rundingan sehingga puluhan tahun lamanya, tetapi orang kampung Memali yang serba kekurangan sanggup diperlakukan sedemikian rupa.

Kempen Simpati

Setelah ketandusan isu untuk menyerang BA bagi menarik sokongan pengundi Melayu.BN mula melancarkan kempen menagih simpati dengan menipulasi isu kematian anak MB Perlis shahidan Kassim.Meraka mengharapkan orang melayu akan simpati kepada batang tubuh Shahidan "samseng Kg.Dusun " itu.Walaupun cerita sebenar telah dijelaskan oleh Zahid Md Arif

[http://202.157.186.6/jan/L11jan2002_4.shtml

Dengan kempen menagih simpati ini BN percaya penyelewengan Shahidan di Perlis dapat di tutup.Siapa yang tak kenal dengan Shaidan penyeludup beras yang mendapat sokongan dari ketua "geng mamak".Inilah contoh sandiwara bangsawan yang cuma dilakonkan oleh mereka bagi menarik sokongan pengundi melayu Indera Kayangan .

Dalam kegairahan BN menagih simpati undi melayu, mereka juga cuba menagih undi cina dengan cuba menggambarkan bahawa Pas Tholiban dan ganas.Penulis difahamkan bahawa BN telah menempah lebih seribu helai baju T yang ada gambar Osama untuk diagaihkan kepada pemuda UMNO seterusnya mencetuskan keadaan yang tidak sihat bagi mengambarkan kepada pengundi Cina bahawa pemuda Pas puak pelampau.

Adakah BN fikir rakyat Malaysia sudah lupa peristiwa pemuda UMNO yang di ketuai oleh anggota kumpulan "geng mamak" paling muda Aziz sheikh Fadzil memanjat pagar Dewan Perhimpunan Cina Selangor kerana membantah tuntutan Suqiu yang mewakili ratusan persatuan cina seluruh negara itu. Perbuatan biadap Aziz telah mendapat sokongan terbuka Big Bosnya Mahakutty apabila beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa " Orang cina tidak mengenang budi dan bersifat seperti komunis" menjelang pembuangan undi pada pilihanraya Lunas dahulu.

Adakah Mahkutty serta Aiz Sheikh telah meminta maaf kepada seluruh masyarakat cina ??.

MCA main opera.

Malam sabtu lalu semasa menonton berita TV3, Presiden MCA bersama timbalannya cuba melakonkan opera yang berjodol "kepala ikan busuk".Semasa ditanya oleh wartawan TV3 kenapa MCA melancarkan kempen menemui pengundi Indera Kayangan dalam 2 kumpulan yang berbeza. Satu kumpulan diketuai oleh Team A bersama calon dan satu kumpulan lagi Team B . Lim Liong Sik menjawab " kita terpaksa berpecah kepada kumpulan kecil bagi memudahkan kita cover semua pengundi".

Tapi kalau betul kenyataan Lim tersebut kenapa hanya kumpulan yang diketuai oleh Lim hanya di sertai oleh pemimpin team A MCA dan kumpulan yang satu lagi disertai oleh kumpulan naib pesiden MCA Lim Ah Lek dan orang-orangnya. Jika benarlah MCA telah bersatu seperti yang disumpahkan dihadapan Mahakutty kenapa di hadapan pengundi di Indera Kayangan peminpin MCA tidak dapat bersatu terpaksa melakukan kempen secara berasinagn.Kepada pengundi cina di Indera Kayangan ayuh kita hentikan opera ini dengan mengundi "Hero Rakyat" Cikgu Khoo.

Tok Perang
14.1.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com