UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pertarungan yang sengit dengan samseng upahan berselindung sebalik media massa

Pertarungan di Indera Kayangan sudah sampai kekemuncaknya kurang dari 36 jam dari sekarang rakyat Dun N08 Indera Kayangan akan keluar ketempat pembuangan undi bagi membuat pilihan mewakili seluruh rakyat dalam negara kita menghantar satu isyarat yang jelas bahawa Rakyat Hakim Negara. Rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan yang sayangkan negara menolak politik ganas yang ditunjukkan oleh samseng BN sepanjang tempoh berkempen.

Buat pertama kalinya sejak negara mencapai kemerdekaan parti pemerintah memasuki pilihanraya dengan cara yang paling ganas.Ketua samseng "Kampung Dusun" Shahidan Kassim menempatkan samsengnya yang dibawa dari luar Perlis disetiap peti undi.Peristiwa lebih 150 samseng Shahidan membelasah serta menculik petugas Keadilan Sdr Johari Yassin diketuai sendiri oleh anak saudara Shahidan Kassim .BN memikirkan bahawa dengan perbuatan ganas yang sedemikian rupa akan berjaya menakut-nakutkan pegundi dari memberi undi kepada calon Keadilan Cikgu Khoo.Tetapi mereka silap rakyat Indera Kayangan bukanlah rakyat yang penakut untuk membuat perubahan.Mereka fikir dengan menakut-nakutkan petugas BA sepertimana watak orang politik yang korup mengupah samseng didalam filem hindustan dengan menakut-nakutkan rakyat agar patuh serta mengikut kehendak hawa nafsu mereka .Shahidan lupa watak "hero" yang akan bangun memperjuangkan yang hak serta menyanggah kebatilan.

Siri keganasan samseng BN yang terbaru ialah menyerang dan merosakkan kenderaan kereta Presiden Pas Ustaz Fadzil Noor serta memecahkan cermin belakang kereta Raja Komando.Daripada maklumat yang sampai kepada penulis Shaidan menawarkan imbuhan sebanyak RM 100 kepada pemuda-pemuda bacul BN yg berjaya melastik kereta pimpinan serta petugas BA.

BN melacurkan jentera Kerajaan.

UMNO melalui ketua samseng Shahidan Kassim bukan setakat menggunakan khidmat samseng upahan untuk menurun serta mengoyak poster Keadilan, tetapi menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan Majlis Daerah Kangar (MPJ) menurunkan bendera serta poster yang dipasang oleh petugas BA di bandar Kangar.

Sikap Shahidan ini tidak lah pelik ,ini disebabkan Pak lah sendiri selaku Menteri Dalam Negeri mengarahkan Polis dan FRU melakukan kekacauan bagi menghalang ceramah di Ganding atas alasan ceramah tampa permit.Pertama kali dalam sejarah pilihanraya disebuah negara demokrasi ala Mahakutty ceramah diwaktu pilihanraya dikenakan peraturan mengadakan ceramah yang sebegini ketat sedangkan medan ceramah merupakan satu-satunya saluran kepada pembangkang bagi menyampaikan maklumat kepada pengundi setelah saluran media lain di lacurkan dengan rakusnya oleh regim UMNO dan BN.Fenomena ini menyerlahkan lagi sifat kediktatoran regim pemerintah yang bacul dalam menghadapai hujjah pembangkang disebuah negara demokrasi beparlimen.

Bukan setakat itu Pak Lah turut mengarahkan pegawai KDN yang dibawakan khas dari Kuala Lumpur untuk turut serta bertindak ala samseng upahan BN merampas makalah dan CD ceramah dari gerai peniaga-peniaga.

Peluang menang cerah buat BA.

Dari maklumat dalaman UMNO mengatakan bahawa Mahkutty mengarahkan Pak Lah serta pegawai tinggi dari KDN supaya berkampong di Indera Kayangan sehingga hari pengundian 19 Januari ini.Pak lah akan kembali semula esok selepas jumaat tetapi pegawai-pegawainya termasuk Setiausaha Politiknya akan terus berada di Indera Kayangan bagi memantau perkembangan di hari-hari terakir kempen.Jika keadaan masih lagi memihak kepada BA maka di beritakan Mahakutty sendiri akan turun berkempen.

Dari sumber kem BN menunjukkan sokongan undi cina memihak kepada Keadilan.Masyarakat cina cukup marah dengan isu sekolah cina yang masih lagi tidak berjaya diselesaikan oleh kerajaan regim UMNO dan BN.Ini ditambahkan lagi dengan sokongan terbuka timbalan pengerusi Jiao Zong, Loot Ting Yee yang telah tiba di Indera Kayangan bagi membantu kempen untuk parti Keadilan.

"Saya disini akan membantu calon Keadilan menerangkan kepada mesyarakat cina tentang hak kita sebagai warganegara menggunakan bahasa ibunda didalam sistem pendidikan kita "- Loot Ting Yee 72 tahun.

Kebimbangan BN ditambahkan lagi maklumat yang mengatakan ada dikalangan petugas BN sendiri yang terdiri dari ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan Shahidan Kassin menjalankan kempen dari rumah kermah merayu pengundi supaya memberi undi kepada calon keadilan. Pagi ini Pak Lah akan melawat semua bilik gerakan BN untuk berjumpa dengan semua petugas yang dipercayai ada yang bertindak sebagai "gunting dalam lipatan".Inilah yang sangat dikuatirkan oleh pucuk kepimpinan UMNO.

Diberikan bahawa pengundi-pengundi keturunan India dari MIC akan turut sama memberikan undi mereka kepada calon Keadilan sebagai tanda protes kepada MCA dimana pada pilihanraya kecil Lunas tempohari ramai ahli MCA yang berpaling tadah dengan memberikan undi kepada calon Keadilan yang menyebabkan calon MIC tewas dikubu kuat mereka.

Kepimpinan Pas turun membantu calon Keadilan

Ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Titi Chai yang mendapat sambutan yang menggalakkan bila lebih 5 ribu orang penyokong dan penduduk tempatan memenuhi ruang tapak ceramah memberikan tamparan hebat kepada kenyataan Tan Sri Muhamad Mohd Taib yang dipetik didalam The Star mengatakan bahawa "bahawa PAS 'memulaukan' kempen pilihanraya Indera Kayangan kerana takut 'malu besar' jika BA kalah".

Insyaallah bermula dari malam ini sehingga tamatnya tempoh berkempen diberitakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula kana turun padang untuk mematahkan hujah-hujah BN.Malah sejak dari hari penamaan calun lagi ramai dikalangan kepimpinan Pas pusat telah berkampong di Indera Kayangan.Ini memberikan bukti bahawa kesepakatan gabungan BA masih lagi utuh tidak dapat di ganggu gugat oleh BN walaupun setelah lebih 1000 ahli Keadilan didakwa menyertai UMNO.Jika benarlah angka yang menggerunkan ini nescaya jentera BA lumpun di negeri Perlis pada pilihanraya kali ini.Tetapi jentera komponen BA sehingga kesaat ini masih lagi kuat dan gagah menghadapi UMNO dan BN yang sudah "hilang akal " itu.

Inilah satu lagi contoh pembohongan yang nyata yang ditunjukkan oleh BN.Tetapi yang peliknya pembohongan besar BN ni berjaya "menyakinkan" seorang pensyarah bangang penjilat bontot Mahkutty dari UUM yg mengulas didalam berita TV3 semalam.Walaupun didalam wawancara tersebut pengerusi wawancara Dato Chamil Wariya telah memberikan bukti bahawa kemasukan beramai-ramai ahli parti di musim pilihanraya tidak boleh dijadikan kayu ukur kemenangan parti terbabit sebab telah terbukti di Kelantan pada pilihanraya 1999 lalu, dimana ramai dipropagandakan bahawa rakyat kelantan telah lompat parti tetapi yang nyata selepas hari pengundian UMNO tetap kalah.

Buat pengundi Indera Kayangan gunakanlah peluang ini sebaik mungkin bagi menolak politik pengganas dan melampau yang ditunjukkan secara jelas oleh BN sepanjang tempoh seminggu berkempen .Pilihlah calon Keadilan Cikgu Khoo yang mewakili seluruh suara rakyat m'sia yang cintakan kedamaian.

Tok Perang
17.1.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com