Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan
Malaysia yang paling kontroversi Astora Jabat, telah
difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti
menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam
Islam.
Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan
berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya
Asan anak To’ Rambai dari kampung Jabat Narathiwat
selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi
menyesatkan.
Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan
penjilat, sebelum ini dalam tulisannya telah
mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat.
Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun,
beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.
Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta
bukti siapakah Firaun baik di sepanjang sejarah,
beliau hanya memberi contoh Laith Pharaon, seorang
juara lumba bot laju dari Arab Saudi sebagai Firaun
baik.
Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum
aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah
(seperti pembahagian hukum najis dalam fiqah). Menurut
seorang guru agama, pengdapat dangkal Astora itu tidak
pernah dibicarakan langsung sejak zaman Imam Syafie,
Imam Ghazali, hinggalah para ualam Islam kini.
Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi
tahu,, “hujah ‘pakai hentam’ beliau itu hanyalah
sekadar untuk menghalalkan perlakuan isteri beliau
berbangsa Morocco yang tidak pernah menutup aurat
sebagaimana seorang wanita Islam”.
Tuliasn Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat
beliau yang menyokong ISA. Demi untuk mengampu, beliau
sanggup membuat fitnah yang sangat dahsyat apabila
mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA
(akta keselamatamn dalam negeri) untuk membendung
pengganas.
Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar
dihapuskan sekolah beraliran agama.
Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan,
“kita harus faham bahawa Astora ini berasal dari
bangsa Patani yang hidup merempat, tertindas dan
sentiasa hidup dalam buruan di bawah kerajaaan Budha
Siam. Apabila dia beroleh sedikit kesenangan bekerja
di sini, umpama anjing peliharaan, dia akan menyalak
apa saja untuk menghiburkan tuannya”, ujarnya.
Seorang bekas pelajar Universiti AlAzhar Mesir pula
merasa hairan bagaimana Astora dibenarkan oleh
majikannya untuk menulis berkaitan agama Islam.
“Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya
bekerja sebagai koresponden akhbar saja. Dia tidak
pernaha belajar ilmu Islam secara formal. Saya tahu
sebab saya kenal dia. Dia memang banyak membaca
termasuk buku-buku tulisan orientalis barat dan musuh
Islam”.
Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk
membuat liputan sempena serangan ganas Amerika
terhadap Afghanistan. Dia dipercayai berada di sana
untuk berusaha mengada-adakan bukti bagi mensabitkan
Taliban dengan Pergerakan Islam di Malaysia. Bagaimana
pun beliau pulang lebih awal ke tanah air kerana
merasa khuatir keselamatan dirinya.
Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh
dalam tulisan di ruangannya mengulas wawancara
rangkaian televisyen Alzajeeera dengan Menteri Besar
Terengganu Datu seri Abdul hadi Awang, seorang
pemerhati menyatakan,
“Astora sebenarnya sudah dilarang dari menulis
perkara-perkara berkaitan hukum Islam. Jadi dia
memilih untuk menjadi jaguh dengan mengkritik beberapa
tokoh agama dengan harapan tulisan beliau akan
mendapat perhatian meski pun dia tahu benar bahawa
hujahnya hanya akan diketawakan orang”’ ujarnya.
Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama
beliau yang diformatkan seperti debat, seorang
stringer Utusan Malaysia berkata, “email pembaca yang
disiarkan itu hanya rekaan dia sendiri. Tiada orang
yang sudi melayan penulis seumpama itu. Email yang
direka dan jawaban darinya itu sebenarnya hanyalah
teknik penulisan”.
Sementara itu, Astora jabat yang bertubuh agak tinggi
dan berkulit hitam itu tahun lalu telah disuakan
dengan Ustaz Asri Zainal Abidin di dalam satu majlis
debat di Pulau Pinang. Malangnya tidak selancar
tulisannya, beliau dimalukan sebegitu rupa depan
khalayak dengan pertuturan yang tergagap-gagap, hujah
yang merapu dan keadaaannya yang kelihatan menggeletar
dan keresahan. Video tentang sesi debat itu boleh
didapatkan di pasaran.
Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis
ceramah Astora di KL, Kuantan dan beberapa tempat lagi
memberi tahu, “selalunya soalan yang ditanyakan
hadirin dalam sesi soal jawab tidak pernah dijawab
dengan tepat melainkan di luar persoalan, merapu dan
berhujah dangkal”, ujarnya.