UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Isu pakai tudung di sekolah mempunyai dimensi lebih luas

Assalamualaikum wr wb,

Baru-baru ini ada jelas kelihatan percubaan dari pihak-pihak tertentu untuk menghilangkan identiti Islam di dalam masyarakat Melayu Islam Singapura. Suara yang lantang yang berani bertanya mengapa wanita-wanita Islam tidak dibenarkan menutup aurat mereka di sekolah telah disamakan dengan suara terrorist. Adakah ini satu tindakan yang berpunca dari pendapat yang memahami benar inti-pati dan jiwa masyarakat melayu Islam Singapura ataupun adakah ini satu usaha untuk memadamkan identiti Islam itu sendiri?

Pertama sekali tidak payah diperdebatkan sama-ada menutup aurat itu adalah satu isu penting kerana itu sudah terang tuntutan agama dan satu tunggak akidah Islam. Apa lagi sekarang memang ada kehendak dari wanita-wanita melayu islam sendiri untuk menutup aurat mereka. Jangan cakapkan agama, adakah mengancam wanita yang dengan rela hati mahu menutup aurat mereka itu satu dasar demokrasi?

Mengapa kita patut bertegang urat tentang isu aurat di sekolah? Selain dari agama ada dimensi yang lebih praktical dan realistik iaitu hakikat bahawa wanita itu tiang masyarakat. Rosaknya akhlak kaum wanita melayu Islam kita bermakna rosaklah masyarakat kita dan masyarakat yang rosak akan terus diperhambakan dan diperkotak-katikkan. Wanita yang tidak tahu menutup aurat semasa kecil tidak akan ada dalam hatinya kehendak untuk menutup aurat semasa besar dan wanita yang tidak menutup aurat apabila sudah cukup umur akan terbuka kepada seribu satu hasutan, fitnah dan ancaman rohani. Wanita yang rosak akan menjadikan lelaki rosak dan akhirnya tamadun manusia yang dipupuk oleh Islam akan lenyap.

Oleh itu saudara-saudari sekalian, sayangkanlah perjuangan untuk membolehkan wanita melayu Islam Singapura yang sudah ada keinginan untuk menutup aurat mereka, untuk melaksanakan kewajiban ini tanpa diancam oleh mana-mana pihak. Memang betul kita banyak kelemahan dan keaiban maka oleh itu, marilah kita membaiki dan menutup keaiban kita.

Wassalam.

         \   _   /
          \_(0)_/
+---=====(]( + )[)=====---+
      *   o  @  o   *






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com