UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Respon Ceramah Ustaz Shamsuri di Indera Kayangan (4)

PENJELASAN KEKELIRUAN TERHADAP USTAZ SHAMSURI

Saya adalah anak murid Ustaz Shamsuri sejak 7 tahun yang lalu. Pada malam beliau berceramah atas pentas Barisan Nasional (BN) di Markas BN Jalan Derma, saya adalah salah seorang yang hadir mendengarnya. Turut serta dalam forum khas itu ialah Ustaz Firdaus Ismail, Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Shahbudin Yahya, Pegawai Agama, Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang juga AJK UMNO Bahagian Kepala Batas (Biro Pendidikan) yang dilantik. Forum pada malam itu dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Bashir@Zolmat Bin Aziz, Pensyarah UUM dan juga sahabat saya semasa kami sama-sama menjadi aktivitis gerakan Islam di UKM era 80an dahulu.

Sebagai rakan dan juga sahabat dalam perjuangan Islam, saya menyeru rakan-rakan agar melihat apa yang berlaku dari sudut yang positif. Persoalan saya kepada mereka yang menghukum Ustaz Shamsuri sebagai belot..adakah anda sendiri mendengar hujah dan kupasan beliau pada malam itu?

Sekiranya anda mendengar hujah dan kupasan Ustaz Shamsuri ketika berforum pada malam itu jelas bahawa anda pasti inginkan Ustaz Shamsuri diberi medan yang serupa untuk menyampaikan mesej Islam yang jelas kepada ahli UMNO dan BN tentang konsep Islam dan negara Islam yang sebenarnya.

Saya inging mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ustaz Shamsuri kerana beliau pada malam itu dengan beani dan lantang mempertahankan konsep daulah Islamiyah yang sebenar yang bersandarkan kepada Al-Quran, Hadis serta Qias Ijmak Ulamak...Bukannya negara Islam seperti yang dilaungkan oleh pemimpin UMNO dan BN.

Bayangkan kalau medan sebegitu tidak diberikan kepada Ustaz Shamsuri, mana mungkin orang-orang UMNO dan BN mahu mendengar penjelasan tentang Islam dan negara Islam yang sebenarnya.

Apapun sebab musabab Ustaz Shamsuri sampai ke pentas BN yang penuh dengan lambang dacing pada malam itu, saya begitu optimis yang Ustaz Shamsuri bijak menggunakan kesempatan dalam melakarkan idea dan hujah yang kesemuanya berpandukan Al-Quran dan hadis.

Sehingga ada beberapa orang puteri dan wanita UMNO yang hampir dengan saya bersuara dengan rasa tidak puas hati dengan hujah Ustaz Shamsuri yang kononnya mereka anggap seolah-olah penceramah PAS sedang beraksi di pentas. "Awat depa bawa oghang PAS mai sini, dok hentam kita pulak", kata seorang Wanita UMNO yang tidak bertudung di sebelah saya. "Lain kali kalau nak bok mai tengok lah dulu...ni dak kerja dok hentam kita saja", keluh wanita itu lagi kepada temannya yang lengkap dengan pakaian wanita UMNO berbaju putih dan berkain serta bertudung merah.

Bayangkan kesan penyampaian Ustaz Shamsuri. Mesejnya jelas. Medannya cantik. Kupasan dan idealismenya mampu memukau dan mengalih kecenderungan minda pimpinan dan penyokong BN pada malam itu.

Kepada ahli-ahli Barisan Alternatif (BA) tidak kira dari peringkat mana anda berada..hendaklah hayati dan mengkaji kaedah dan strategi dalam arus perdana politik tanah air. Salahkah Ustaz Sahamsuri yang jelas mesejnya pada malam itu.Tidak ada sepatah perkataanpun diluahkan oleh beliau yang menampakkan kecenderungannya menyokong UMNO dan BN.

Oleh yang demikian, kita sebagai pendakwah dan penuntut ilmu janganlah membuat satu tafsiran yang salah dengan menghukum seseorang yang belum pasti bersalah semata-mata berdasarkan nafsu dan kecenderungan politik membabi buta. Bukalah minda kita dan ingatlah bahawa strategi ke arah mendidik ummah itu lebih penting daripada menyerang peribadi tanpa penyiasatan dan mengetahui latar kisah yang sebenarnya.

Ingatlah bahawa Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pun pernah berceramah dan menziarahi kuil Buddha dan Tokong Cina dan bercakap soal Islam. Adakah beliau telah bertukar agama dengan berbuat demikian? Tentunya tidak! Yang pasti mesej Islamnya jelas. Meletakkan diri dalam suasana sebegitu bukan bermakna kita menggadai prinsip agama dan prinsip perjuangan!

Kepada rakan-rakan yang saya kira masih cetek dan dangkal dalam persada politik dan persada strategi..saya mohon perhalusi sesuatu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang bakal mengundang dosa kerana angkara cemuhan membabi buta yang pastinya merugikan Islam dan kita semua.

Mudah-mudahan semuanya akan mendapat berkat dari Allah.

Wassalam.

Abu Ubaidah.
Anak murid Ustaz Shamsuri
Sungai Petani, Kedah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com