UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mengulas, ulasan yang dibuat oleh Dr Syed Husin Ali

Assalamu'alaikum!

Terima kasih dengan ulasan yang dibuat oleh Dr Syed Husin Ali. Apa yang saya musykilkan adalah cara kita menangani isu ini. Maksud saya, umum sudah mengetahui bahawa Umno/BN adalah pengamal rasuah, menyeleweng, mengganas dan seringkali menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan politik. Umum sudah mengetahui perangai hodoh BN ini. Persoalannya adalah "apa tindakan kita?"

Contoh paling jelas adalah kempen RTM yang menggambarkan PAS pro- Taliban dan berhasrat melaksanakan pemerintahan ala-Taliban di Malaysia. Walaupun tuduhan ini palsu, nampaknya PAS dan pemimpin PAS tidak berbuat apa-apa (melainkan memorandum bantahan Pemuda PAS pada Khalil Yaakob).

Saya ahli PAS, tapi saya amat kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang memandang remeh kempen fitnah Umno ini. Adakah kita merasa cukup 'complacent' dengan sokongan Melayu/Islam? Adakah kita rasakan umum sudah muak dengan media arus perdana sedangkan jika kita lihat sekarang ini, orang Melayu sudah mula mengepit Utusan dan Berita Harian dicelah-celah ketiak mereka?

Bangunlah wahai pemimpin PAS! Cukuplah bermimpi di siang hari. Jangan bila kita kalah dalam pilihan raya, kita salahkan media massa. Tapi kita tak berbuat apa-apa untuk menghadapi kempen buruk media massa!

Wassalam.

Ahli Seumur Hidup PAS
Gombak, Selangor






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com