Bila membicakan tentang Astora Jabat . Mungkin kita boleh mengambil
iktibar dari persamaan dengan Ad-Dahri sebagaimana kisah dibawah
Apabila Ulama Dicabar
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah
Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat
Islam.
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal
yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad
untuk
berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri
tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama
Baghdad
dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari
kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama
yang
benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah
memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih
ada
ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil
Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang
tidak
kurang juga ketokohannya.
Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan
Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid
Jamek di
tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid
Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh
harapan agar
Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya
ulama yang diharapkan.
"Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi
aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat
mensucikan segala
tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar
terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan
yang
dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan
KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat!
Hatinya
cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal
leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam
majlis
itu.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad
yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar
ialah Nu'
man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak
keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.
Lalu Imam
Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat
Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu.
Abu
Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.
"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana
kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba,
di situ
keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis
dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan
dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam
pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi
lalu
menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir
tadi mati disitu juga."
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan
Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di
biarkan.
Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang
mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.
Satu
kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu
menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi
tersebut
akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya
nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba
mentafsirnya:
" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi
indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah
lebat itu
adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang
masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul
dan
merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar
lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.
Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si
Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari
hati
muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya
untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang
dihadiri
oleh orang ramai dan Khalifah.
Seperti biasanya, sebelum menyampaikan
dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan
bersuara
lantang dari atas pentas.
" Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti
menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan
menyentakkan
kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang
tajam mata Abu Hanifah.
" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut
cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku
kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak
mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh.
Tetapi Allah
mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."
Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:
" Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu
beberapa darjat." (Al-Mujadalah:11)
.
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan
lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan
antara Abu
Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran
materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.
"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri
semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?"
bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu
sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah.
Orang
ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh
minat.
"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang
bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.
"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...?
Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?"
Terserentak
Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada
Dahri,
seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"
Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"
Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...?
Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri
terserentak,
tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk
mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah
kandungan lemak
dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat
menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang
telah
mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal
kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan
tadbir
kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri
terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya
mula
terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang
muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid
Imam
Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan
tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap
Qadim dan
Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah,
ringkas tapi padat.
"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan
Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang
selepas
Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri
kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang
kau
nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke
langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis
kau
itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek
jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu
Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak
mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang
tiada
suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian
selepas-Nya."
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus
asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak
ramai.
Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya.
Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu
ilham baru
telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai
air tengah menggelegak.
"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri
mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"
Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat
yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda
ideologi
Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan
turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini
ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas
mimbar,
diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang
hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas
mimbar Masjid
Jamek ini... !"
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.
Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka
memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan
maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga
ke hari
ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai
seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat.
Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena
nama ulama ini.
urep