UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DAP DALAM KERUGIAN

Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara Chin (malaysiakini) bahawa DAP mengalami kerugian besar apabila tidak turut serta berkempen dalam pilihanraya di Indera Kayangan Semakin jelas sekarang bahawa pemimpin DAP terdiri daripada mereka yang keras kepala. Ini kerana mereka hanya mahu orang lain sahaja yang ikut idea dan pendapat mereka walaupun corak pemikiran politik mereka sudah jauh ketinggalan zaman.

Mereka mahukan PAS supaya mengubah dasar parti untuk menegakkan sebuah negara Islam sedangkan pemimpin PAS tidak pernah mempersoalkan dasar Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP. Sebaliknya pemimpin PAS sanggup "berkorban" sementara waktu untuk mengenepikan matlamat menubuhkan negara Islam bagi memenuhi tuntutan perjanjian bersama yang telah termeterai melalui gabungan BA. Iaitu setiap keputusan dan tindakan yang akan diambil oleh BA adalah berasaskan perjanjian bersama dan bukannya berasaskan kepada dasar sesebuah parti. Maksudnya jika sekiranya BA berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan negara, dasar negara yang akan dibentuk adalah berasaskan perjanjian bersama yang telah termeterai. Kenapa pemimpin DAP tidak melihat sejauh itu?

Saya cukup kesal dengan tindakan DAP keluar daripada gabungan BA. Sebelum ini saya adalah orang Melayu dan ahli UMNO yang sangat bencikan DAP akibat daripada perang saraf dan pelabelan yang telah dibuat oleh UMNO bahawa DAP adalah parti perkauman yang bencikan Islam. Tetapi semasa pilihanraya umum 1999 begitu megahnya saya mengibarkan bendera DAP kerana menganggap DAP sudah keluar daripada kepompong sentimen politik perkauman. Akhirnya calon DAP di kawasan saya dapat merampas semula kerusi dari tangan BN hasil swing nya undi orang Melayu dari BN ke BA. Besarnya harapan saya bahawa gabungan mantap BA akan dapat meranapkan sistem pemerintahan BN yang kejam dan zalim yang sebelum ini saya adalah salah seorang pendokongnya. Kenapa takut sangat dengan dasar Islam yang diperjuangkan PAS? Berapa ramaikah pemimpin PAS yang terlibat dengan skandal rasuah? Berapa ramai pemimpin PAS yang ditangkap berkhalwat? Berapa ramaikah pemimpin PAS yang menimbunkan harta dan kekayaan? Berapa ramaikah orang bukan Islam di Kelantan dan Terengganu yang dipaksa masuk Islam?

Sedarlah pemimpin DAP. Orang Melayu semakin jauh dari parti kamu. Mereka boleh pilih calon bukan Melayu yang dicalonkan oleh Keadilan. Terjunamlah kamu dengan roket yang sudah ketinggalan zaman. Jika kamu terus mahu bersendirian parti kamu akan terus dipinggirkan. Tindakan kamu menggembira dan menguntungkan BN. Padahal semasa kamu dalam BA, pemimpin BN "ketar lutut" kerana rakyat Malaysia dan para pengundi sudah boleh menerima PAS dan DAP duduk semeja untuk memerintah negara. Akibat tindakan kamu rakyat dapat melihat keikhlasan PAS dan terserlah pula kedegilan DAP. Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk balik ke pangkal jalan selagi pilihanraya kesebelas belum diisytiharkan.

Waja2004
Ahli UMNO berjiwa BA.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com