UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




IK (Indah Kenangan)

Assamualaikum

Puas dua hari dua malam saya melayari internet untuk mendapatkan analisis PRK IK dari pelbagai sumber dan pendapat. Kebanyakan analisis tersebut hampir sama sahaja pendapatnya, baik dari BN ataupun BA.

Tetapi bagi saya kekalahan BA dan kemenangan BN adalah disebabkan kemunduran fikiran @ ketololan para pengundi terutamanya pengundi Melayu. Bukankah Melayu mudah lupa?. Jangan katakan kepada mereka akan kezaliman BN/UMNO dengan ISAnya, kerana mereka akan lupa apabila dapat datang melawat Putrajaya/KLCC dengan rombongan ditanggung oleh BN/UMNO. Jangan diceritakan kepada mereka tentang akibat kenaikan harga petrol & tol, kerana mereka akan alpa apabila dapat makan percuma bersama lanun BN/UMNO. Usah dibisikkan kepada mereka akan kerakusan perompak UMNO mengganyang hasil/duit negara, kerana mereka akan lupa apabila mendapat sehelai kain pelikat/batik/toto daripada BN/UMNO. Tak perlu diperkatakan kepada mereka peristiwa keganasan BN/UMNO semasa pilihan raya, kerana mereka akan lupa apabila dapat berpesta menyambut tahun baru dan sebagainya. Buat penat sahaja berceramah kepada mereka akan ketidak adilan BN/UMNO membahagikan kekayaan negara, kerana mereka akan lupa apabila mendapat jalan yang diturap baru semasa dekat pilihanraya.

Dan usahlah beritahu mereka akan kebobrokan UMNO/BN itu dan ini, kerana mereka akan kata syukurlah dengan apa yang ada, handphone, motor kris/kereta kancil, rumah (rumah panjang/murah/pangsa atau bangsal durian). Tetapi mereka tak tahu, apa yang mereka ada itu adalah sekelumit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang di perolehi oleh penyangak BN/UMNO.

Bagi pengundi di Indera Kayangan, kini tiada lagi habuan untuk diterima. Jalan cantik berkilat yang baru diturap itu lama-kelamaan akan berselut dan pecah sana sini dilanyak kenderaan. Peparit yang baru dibina itu akan berbau hapak kerana tersumbat dek sampah sarap. Duit "rasuah" yang diterima dah habis dibelanjakan membeli rokok dan minum kopi. Anak angkat dah balik ke univarsiti. Mungkin yang ada buat beberapa hari adalah kenduri - makan free lagi. Bila semuanya berakhir terletaklah tangan diatas dahi, "Ah! yang tinggal hanyalah Indah Kenangan".

Daripada,

Warpak
Shah Alam






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com