UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




MB Terengganu bertemu Dr. Yusuf al-Qardhawi

QATAR: Menteri Besar Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berkunjung ke Qatar dan Yaman bertemu dengan Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi dan para usahawan negara tersebut untuk mengadakan hubungan dagang dengan Terengganu.Di Qatar rombongan Menteri Besar menjadi tetamu Menteri Luar dan stesyen TV Al Jazeera, Stesyen TV yang mendapat hak eksklusif meliputi serangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya terhadap Taliban dan Osama bin Laden di Afghanistan.Al-Jazeera mengadakan temu ramah selama dua jam dengan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Siaran secara langsung itu diikuti sama dari luar Qatar. Penonton dari luar Negara telah mengambil peluang mengemukakan soalan terus kepada beliau. Menteri Besar telah ditanya tentang perkembangan di Terengganu dan Malaysia dan isu antarabangsa. Al-Jazeera telah lama menghubungi Menteri Besar memintanya menjadi tetamu dalam programnya. Tetapi kerana kesibukannya kini barulah beliau mempunyai masa yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Pihak berkuasa Qatar mempunyai kepentingan 30 peratus dalam syarikat penyiaran itu. Dalam kesempatan lawatan itu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengunjungi Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi, ulama’ yang terkenal di peringkat antarabangsa di pejabatnya di Qatar. Dato’ Seri Menteri Besar antaranya telah berunding dengan ulama’ terkemuka itu tentang masalah perdagangan.

Terengganu mempelawa para usahawan dan para pelabur Asia Barat untuk datang mengambil peluang yang ada di negeri itu dan bersedia untuk mengadakan usahasama. Syeikh Dr. Yusuf walaupun seorang ulama’ tetapi beliau juga menjadi pakar rujuk kepada banyak badan perdagangan antarabangsa. Melalui hubungan erat antara keduanya diharap dapat menyampaikan minat Terengganu untuk mengajak mereka datang melabur.

Setakat ini Terengganu sedang menumpukan usaha mengeluarkan jus rossel secara besar-besaran untuk dieksport. Contoh minuman itu telah diperkenalkan untuk promosi. Dewan perniagaan Sana’a di Yaman berminat memesan 500 tan kayu bergergaji dan minta usahawan Terengganu pergi ke Sana’a membotolkan minyak sawit untuk keperluan pengguna tempatan. Seperti biasa ke mana saja Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi melawat, beliau terpaksa memberikan masa untuk bertemu pelajar. Di Sana’a beliau telah menyertai forum anjuran pelajar bersama Duta Malaysia di Yaman Dato’ Azman Nur.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com