UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ekonomi Negeri Terengganu positif

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, secara keseluruhannya ekonomi negeri masih lagi berkembang pada tahap positif dalam tahun semasa walaupun ianya lebih rendah dari tahun 2000.

Katanya, keadaan ini akan berterusan pada tahun 2002 dan InsyaAllah ianya akan kembali stabil pada tahun 2003 nanti apabila penyesuaian semula dilaksanakan mulai tahun depan. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Belanjawan Tahun 2002 Dalam Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Kesepuluh di sini 11 November lalu.

Menurutnya, kadar pertumbuhan ekonomi negeri tahun ini dianggarkan sebanyak 1.7 peratus berkurangan sedikit dibandingkan dengan tahun lepas iaitu sebanyak 2.2 peratus. Sektor yang masih lagi menyumbangkan kadar pertumbuhan secara positif ialah sektor pertanian, sektor perlombongan dan sektor perkhidmatan. "Sektor yang mengucup pula ialah sektor pembinaan dan subsektor pekhidmatan kerajaan," katanya. Beliau menjelaskan pelaburan langsung dalam negeri juga telah merosot kerana pengurangan pelaburan luar atau tempatan ke negeri Terengganu.

"Fenomena kekurangan pelaburan dalam negeri bukan sahaja dialami oleh negeri ini, malah ianya juga dialami di seluruh negara ekoran daripada kelembapan dan ‘down-turn’, ekonomi dunia yang melahirkan krisis kewangan tahun 1997 dan lebih memburukkan lagi setelah berlakunya kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat baru-baru ini," jelas Menteri Besar.

Senario ini dijangka akan berterusan sehingga tahun 2003 dan dijangka akan pulih apabila ekonomi negara-negara rakan perdagangan pelaburan kembali stabil semula. Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri masih lagi menerima pelaburan dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan jumlah anggaran modal pelaburan sebanyak RM140 juta sehingga akhir tahun ini dan membuka peluang pekerjaan seramai 925 orang.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com