UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




NEP layak majukan 4,000 hektar tanah hutan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas 4,000 hektar di Hutan Sungai Paka Mukim Besol, Dungun kepada North East Plantations (NEP) bertujuan untuk menarik pelaburan luar masuk ke Terengganu.

Di samping itu syarikat berkenaan mempunyai modal yang cukup untuk membangunkan tanah itu bagi memajukan projek pertanian bersepadu sawit dan ternakan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia Dato’ Haji Mustafa Ali berkata, ini kerana Kerajaan tidak berhasrat mengamalkan asobiyyah sempit meluluskan projek hanya kepada orang Terengganu sahaja.

"Bukan sikap orang Terengganu mempunyai sikap sedemikian rupa, apa yang kita mahukan siapa sahaja boleh memajukan negeri ini melalui modal yang dibawa daripada luar," katanya ketika berucap menggulung perbahasan Ucapan Belanjawan Tahun 2002 mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun tambahnya, sikap seperti itu bersarang dalam kepala pemimpin-pemimpin pembangkang yang mempunyai sikap asobiyyah yang paling sempit setakat ini. Kerajaan tidak mempunyai perhitungan sedemikian tetapi yang dikira ialah penyelewengan projek yang dilakukan oleh syarikat-syrikat yang dipertanggungjawabkan. Kerajaan dahulu telah memberikan kelulusan tanah lebih 2,000 ekar kepada Syarikat Jasa Bakti Sdn. Bhd. pada 5 Februari 1987 bertujuan untuk projek menanam pokok Sentang.

Antara yang menjadi pemegang sahamnya ialah Encik Ismail Said dan Tuan Putera Tuan Awang. Bagaimanapun beliau meletakkan jawatan selepas menjadi Exco Kerajaan Negeri dahulu. "Tanaman sentang tidak pernah jadi, yang berlaku pada 8 Februari 1994, tanah seluas 203.8 hektar sudah dijual kepada Kenyir Delite Sdn. Bhd.," jelasnya. Antara lain Redang Island Resort diberi tanah di Pulau Redang seluas 700 ekar dengan pajakan 60 tahun untuk membina bangunan tetapi premium hanya RM500 seekar sama mahal diberi kepada NEP untuk pertanian.

"Untuk bangunan biasanya orang tidak beri semurah itu," jelasnya. Beliau difahamkan selepas didirikan bangunan nilai tanah satu ekar milik syarikat itu ialah RM70 ribu. "Inilah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang lalu, menggadaikan hak untuk menjaga kepentingan golongan kapitalis yang suka mengambil kesempatan ke atas kekayaan negeri Terengganu," ujarnya.

Golongan kapitalis

Persoalannya kenapa tanah diberikan begitu murah kepada syarikat itu. Syarikat itu juga mendapat kemudahan bekalan air untuk Redang Island Resort. "Rakyat tunggu bekalan air berpuluh-puluh tahun tetapi syarikat itu dapat bekalan air dengan kerajaan sendiri mengeluarkan belanja termasuk 50 peratus dari Kerajaan Pusat, 30 peratus Kerajaan Negeri dan 30 peratus lagi Redang Island Resort," jelasnya.

Begitu juga penyelewengan yang pernah berlaku ke atas Projek Safari Park Dungun. "Projek tersebut tidak berjalan tetapi hasil balak dikeluarkan oleh Syarikat Terang Vest Sdn. Bhd. yang diberi tanggungjawab membangunkan projek itu," jelasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com