UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Projek Motorway diteruskan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri komited dengan projek motorway bagi mempercepatkan perjalanan daripada Besut ke Kemaman dan Kuantan ke Kuala Lumpur sebagaimana dirancang kerana projek Lebuhraya Pantai Timur yang dirancang Kerajaan Pusat tidak ada penghujungnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Encik Yahaya Ali berkata, ini sebagai petanda kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan agenda pembangunan negeri ini walaupun di kepung dengan kemelut kewangan akibat rompakan royalti minyak oleh Kerajaan Pusat.

Justeru beliau menafikan dakwaan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bahawa pihak kerajaan tidak ada agenda untuk membangun negeri dalam keadaan demikian. Beliau berkata demikian ketika berucap membahas Ucapan Belanjawan Tahun 2002 yang disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini 11 November lalu.

Hakikatnya kata beliau, apa yang berlaku sekarang disifatkan sebagai suatu cabaran dan ujian. "Kita selaku orang politik pun memang diajar kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai," ujarnya. Justeru Kerajaan akan teruskan projek itu. Beliau berkata, pada dasarnya kerajaan melantik satu syarikat untuk melaksanakan projek itu.

"Usaha sedang giat dilaksanakan di mana kerja-kerja untuk menyiapkan dokumen, merekabentuk, kajian teknikal serta draf perjanjian berhubung dengan projek penswastaan ini sedang diambil perjalanan oleh pihak yang berkenaan," jelasnya. Bagaimanapun perlaksanaannya tertakluk kepada hasil kajian teknikal, komersial dan perjanjian penswastaan yang akan dipersetujui kelak di antara syarikat konsesi berkenaan dengan kerajaan.

"Maknanya Kerajaan masih mempunyai pilihan untuk meneruskan secara muktamad apabila kajian ini berada di peringkat akhir," jelasnya lagi. Encik Yahaya berkata, di peringkat pertama dahulu pihak syarikat berkenaan telahpun memberikan taklimat berhubung dengan projek ini dan pihak kerajaan melalui jabatan-jabatan teknikal telah memberi pandangan balas. "Dan syarikat berkenaan sedang menjalankan kerja-kerja tertentu berasaskan pandangan-pandangan yang telah dikemukakan," katanya.

Projek itu akan menelan belanja yang besar dan mengambil masa yang agak panjang sebagaimana pengalaman dalam pembinaan projek lebuh raya yang lain. Justeru beliau mengingatkan pembangkang supaya turut membantu mempastikan projek lebuh raya itu akan menjadi realiti. Ini kerana sistem perhubungan pengangkutan satu perkara yang sangat penting bagi tujuan mengeskploit pembangunan zon ekonomi yang akan diteroka di kawasan pendalaman.

Pembangkang tidak perlu menambahkan lagi dosa mereka selepas bertindak merompak hasil royalti petroleum tidak lama dulu. "Kerajaan tidak takut kepada sebarang ancaman tetapi yang ditekankan kerajaan ialah soal dosa pahala yang dilakukan mereka terhadap rakyat dan negeri Terengganu," tegasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com