UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ummah merindui bantuan Allah

Seluruh ummah menyambut Ramadhan yang tiba dengan hati yang terluka kerana saudara seagama di Afghanistan sedang diburu oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. AS tidak mempedulikan rayuan ummah seluruh dunia bahkan AS persetankan segala desakan, permintaan, rayuan supaya menghentikan serangan pada bulan Ramadhan Al Mubarak. Bagi seluruh ummah sama ada AS menghentikan serangan pada bulan Ramadhan atau tidak, sama sahaja. Kedudukan maruah ummah menjadi begitu murah, tidak ada harga kerana ada kuasa yang melakukan apa sahaja mengikut agenda mereka.

Ummah disembelih dimana-mana oleh kuasa besar ini tanpa merasa apa-apa. Sampai bilakah ummah diperlakukan sedemikian rupa? Jika orang bukan Islam diperlakukan demikian riuh sedunia suara tentangan yang dikumandangkan. Tetapi kini seluruh kuasa yang menyengutu diri bersama AS tidak merasa apa-apa dengan pembersihan atau penghapusan ummah ‘ummah cleansing’ yang sedang berlaku kini.

Di seluruh dunia ummah disembelih. Di Palestin, Chechnya, Bosnia, Kashmir, Algeria, Afghanistan, Iraq dan di mana sahaja ummah Islam berada. Ramadhan patut menjadi iktibar bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Apakah tiada siapa yang mahu membela penderitaan ummah ini? Kerajaan-kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang memakai nama Islam tidak boleh disandarkan harapan. Mereka sama sibuk mencengkam untuk mempertahankan kepentingan politik mereka.

Betapa lemahnya ummah sehingga ia boleh diperlakukan apa sahaja. Entahkan bila datang pertolongan Allah? Ujian berat yang sedang dilalui ummah ini tentu akan ada akhirnya. Kita menunggu akhirnya yang dijanjikan kemenangan bagi mereka yang beristiqamah memegang simpulan tali iman dan taqwa bagi menangani dan melepasi ujian ini. Bersempena dengan Ramadhan yang sedang melalui kehidupan ummah untuk ke sekian kalinya ini, moga-moga akan tiba bantuan dan pertolongan Allah yang sangat kita rindukan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com