UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Akaun kewangan Terengganu telus

KUALA TERENGGANU: Perbelanjaan Kewangan Negeri tahun lalu amat telus kerana Ketua Audit Negara mengeluarkan sijil dan memperakui bahawa Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun itu adalah benar dan saksama berbeza dengan penyata sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas, Tun Dato’ Haji Mohd. Salleh Abas berkata, pada tahun 1998, Ketua Audit Negara yang sama Dato’ Dr. Adenan Abdul Jalil berkata, penyata akaun awam bagi Kerajaan Negeri Terengganu berakhir 31 Disember tahun itu telah diperiksa dan diaudit di bawah arahan beliau mengikut peraturan-peraturan Akta Audit 1957.

Perenggan kedua penyata itu menyatakan bahawa laporan mengenai penyata akaun awam itu yang dikehendaki disediakan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Audit 1957 dikembarkan bersama. "Tidak ada sijil yang mengatakan akaun tahun 1998 adalah menunjukkan penyata akaun Kerajaan Negeri Terengganu benar dan saksama. "Cuma dia kata hendaklah dibaca dengan beberapa laporan yang dibuat oleh beliau," jelas Tun Haji Mohd. Salleh.

Berlainan dengan laporan audit untuk penyata akaun kerajaan tahun 2000 yang tidak boleh dianggap sebagai ‘standard observation’ sebagaimana dakwaan pembangkang. Katanya, seorang akauntan tidak akan memberi sijil seumpurna itu jika benar akaun itu tidak menunjukkan kebenaran dan kesaksamaan.

Laporan Ketua Audit Negara tahun 1999 menyatakan bahawa Penyata itu menggambarkan satu kenyataan yang bersamaan dengan rekod-rekod perakaunan yang disimpan oleh Perbendaharaan Negeri kecuali pemerhatian saya di bahagian satu Laporan Ketua Audit Negara mengenal penyata akaun awam dan aktiviti-aktiviti jabatan dan agensi negeri tahun 1999 yang disediakan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Audit Negara 1957. "Inipun tidak ada sijil yang mengatakan benar dan saksama," jelasnya.

Katanya, ini bererti anggapan pihak pembangkang yang mendakwa Laporan Ketua Audit Negara yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu sebagai ‘standard observation’ amat menyedihkan kerana tidak disokong oleh Ketua Audit Negara. Walaupun ada di dalam sijil Ketua Audit Negara yang mengatakan ada pengecualian mengenai akaun-akaun wang amanah tetapi apabila disemak akaun-akaun tersebut bukannya berlaku pada tahun 2000 bahkan ia berlarutan mulai dari tahun 1998 dan 1999.

"Mungkin tahun 1996 dan 1997 ada menyebut tentang perkara itu. Tetapi yang ada di sisi saya ialah tahun 1998 dan 1999," jelasnya. Dalam Laporan Audit Negara tahun 1999 di muka surat 2 Perenggan 2 Kumpulan Wang Amanah Kerajaan pada akhir tahun 1999 menyatakan bahawa baki 23 akaun di bawah kumpulan wang itu ialah RM72.97 juta. Ketetapan angka ini tidak dapat disahkan kerana pegawai atau kakitangan kerajaan tidak dapat menyediakan penyata yang benar dan saksama.

Begitu juga apa yang berlaku dalam akaun 2000 Kumpulan Wang Amanah itu tidak dapat diauditkan dan disahkan kerana sebahagiannya dokumen-dokumen berkaitan tidak dapat disediakan. "Justeru penyata akaun kerajaan tahun lalu adalah telus, benar dan saksama sebagaimana perakuan Ketua Audit Negara," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com