UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




72 pegawai diberi kuasa pantau harga barang

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi kuasa kepada 72 orang kakitangan kerajaan termasuk 12 orang Pegawai-pegawai Daerah, Ketua-ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong-penolong Pegawai Daerah dan 60 Penghulu seluruh negeri untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pemantuan harga barangan seluruh negeri Terengganu.

Serentak itu satu taklimat diberikan kepada mereka oleh pegawai Kementerian terbabit bagi menjelaskan peruntukan undang-undang berkait dengan pemantauan itu termasuk Akta Kawalan Harga 1946, Akta Kawalan bekalan 1961 dan Akta Timbang dan Sukat Tahun 1972.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut berkata, dalam taklimat tersebut pegawai-pegawai Kerajaan Negeri didedahkan dengan kertas siasatan yang teratur dan lengkap untuk membuat pendakwaan semasa operasi pemantauan dijalankan.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Ucapan Belanjawan Tahun 2002 yang disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini 11 November lalu. Kerajaan Negeri memandang serius tindakan peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati hasil kenaikan haraga petrol sebanyak 10 sen seliter baru-baru ini.

Katanya, tindakan sedemikian boleh menjejaskan imej negeri di kalangan pelancong yang berkunjung ke negeri Terengganu. Katanya, tindakan itu sebenarnya akan merugikan para peniaga tempatan dalam jangka masa yang panjang. Haji Mohd. Abdul Wahid berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan operasi secara bersepadu termasuk kawalan harga barangan keperluan harian dan operasi memantau penyebaran CD, VCD haram dan lucah di seluruh negeri yang dibawa dari luar khususnya dari Negeri Pahang.

Katanya, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan pihak penguatkuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta majlis-majlis daerah, Polis, FINAS dan Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan kegiatan pemantauan dari semasa ke semasa.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com