UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




26 tanah sekolah lulus

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 26 dari 68 permohonan tanah untuk pembinaan sekolah telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Dato’ Haji Abu Bakar Ali di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Dato’ Haji Abu Bakar dalam soalannya bertanya jumlah permohonan tanah bagi tujuan pembangunan sekolah dan jumlah yang diluluskan mengikut daerah. Dalam jawapannya Menteri Besar menjelaskan jumlah permohonan ialah 68 dan 26 telah diluluskan. "Setakat ini hanya baru satu permohonan yang telah ditolak kerana ia melibatkan tanah rezab kerajaan negeri dan kawasan yang dimohon itu pula sempit iaitu di Besut," jelasnya.

Sebanyak 10 permohonan belum mendapat keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri manakala 31 permohonan lagi dalam tindakan pejabat tanah. Permohonan dari daerah Kuala Terengganu paling banyak iaitu berjumlah 13, Kemaman dan Hulu Terengganu dan Setiu masing-masing 12, Dungun dan Besut masing-masing enam dan Marang tujuh.

Permohonan yang diluluskan tujuh di Setiu, Hulu Terengganu (lima) Kuala Terengganu dan Besut masing-masing empat, Dungun dan Kemaman (tiga). Sementara itu, 31 permohonan yang dalam tindakan pejabat tanah ialah 9 di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu (enam), Kemaman dan Marang masing-masing lima, Dungun (tiga), Setiu (dua) dan Besut (satu). Permohonan yang belum diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negewri ialah 4 di Kemaman, Setiu (tiga), dua di Marang dan satu di Hulu Terengganu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com