UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ulangtahun kedua Kerajaan BA

ALHAMDULILLAH, genap dua tahun kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan baru yang diketuai oleh Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kerajaan, rakyat dan negeri nampaknya dengan ketentuan Allah sekali lagi menyambut ulang tahun perubahan itu dalam bulan Ramadhan. Maka dengan sendirinya detik sejarah itu diingati dalam suasana serba sederhana sesuai dengan berkat dan tuntutan bulan ibadat itu.

Maka dengan sendirinya suasana mengelakkan Kerajaan Negeri dari mengadakan kegiatan yang berlebih-lebihan. Sebagaimana Islam mengajar penganutnya supaya sederhana, kadang-kadang suasana itu sendiri membantu masyarakat menjadi sederhana. Maka dalam menuju kesederhanaan itu pula ulang tahun kedua kerajaan baru ini berlaku di ambang dunia Islam menyambut Nuzul Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan.

Dalam merayakan detik penting bagi kerajaan dan rakyat Terengganu ini juga rakyat Terengganu berbangga dan bersyukur kerana diizinkan menjadi juara Piala Malasyia yang ditunggunya sejak 80 tahun. Suatu kemenangan yang dicapai oleh pasukannya – dari pentadbir dan pemain – dengan kerja keras dan susah payah yang lama. Memang begitulah sifatnya suatu kemenangan yang berharga adalah kemenangan yang tidak diperolehi percuma dan senang, tetapi dicapai dengan kerja keras, bersungguh-sungguh, sabar dan bersedia menempuh ujian dan cabaran.

Bangga dan bersyukur

Kita mengucapkan tahniah dan syabas atas prestasi kerajaan mentadbirkan negeri selama dua tahun dengan penuh kesabaran dan ketenangan melalui berbagai-bagai ujian dan kepada pasukan bola Negeri Terengganu kerana membawa pulang Piala Malaysia untuk kali pertama hingga memberikan Terengganu layak menganggotai kelab negeri-negeri yang pernah memenangi piala itu.

Kita melihat kejayaan pasukan Terengganu adalah satu hadiah kepada baginda Sultan Mizan Zainal Abidin, kerajaan negeri dan rakyatnya secara bersepadu. Allah mentakdirkan baginda Sultan Mizan memangku jawatan Yang Di-Pertuan Agong, secara tradisi diberi penghormatan menyampai piala kepada yang menang. Dalam menjalankan tugas itu yang pertama kali baginda sempurnakan, baginda menyampaikan kepada pasukan dari negeri baginda sendiri, suatu yang payah ditemui oleh Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini. Acara menyampaikan piala itu seperti baginda merayakan kemenangan pasukan bola negeri baginda.

Kerajaan negeri silih berganti, tiba-tiba di bawah Kerajaan Negeri sekarang pasukan bola Terengganu mencapai kemenangan untuk kali pertama. Ia cukup untuk membawa rakyat bersatu sambil bergembira atas kejayaan yang jangan dilupai adalah satu ujian kepada semua. Kita percaya Kerajaan Negeri yang menyambut ulang tahun keduanya menilai khidmat dan sumbangan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu yang cemerlang itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com