UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terengganu perlu juara sukan lain juga

Saudara Pengarang,

Saya mengucapkan ‘syabas’ kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu khususnya pasukan pemain yang berjaya mengondol Piala Malaysia buat pertama kali setelah 80 tahun menunggu. Saya bersama-sama dengan anak watan Terengganu yang lain berbangga atas kejayaan pemain Terengganu itu yang saya percaya mereka akan sentiasa dikenang dalam sejarah sukan di negeri ini.

Khidmat persatuan bola dan para pemainnya mesti disanjung kerana telah mengharumkan nama negeri dan dapat melupakan sejenak segala ujian yang dihadapi akibat rampasan wang royalti. Ini membuktikan bahawa rakyat Terengganu walaupun terletak di Pantai Timur tetapi jika diberi peluang, nescaya setanding dengan saudara-saudara dari negeri lain dalam apa bidang termasuk sukan.

Pasukan bola Terengganu dalam dua tiga tahun ini memang menunjukkan kecemerlang. bukan kerana wang seperti di negeri lain, tetapi berbekalkan keikhlasan, kesungguhan dan menguasai strategi. Oleh itu bagaimana dengan sukan lain seperti badminton misalnya. Kalau pasukan bola Terengganu boleh menang, mengapa pasukan badminton Terengganu tidak boleh melahirkan pemain-pemian yang bertaraf kebangsaan dan antarabangsa?

Saya dapat tahu bahawa di Terengganu ada tenaga pelatih badminton yang berpengalaman. Tentu Terengganu juga boleh memajukan badminton jika ada tumpuan dari semua pihak.

Haji Rusdi, Dungun.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com