UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PAS Umno jangan politikkan bola – Mustafa

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menolak cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS)Bukit Besi, Haji Roslan Ismail untuk mengambil alih teraju Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu supaya ia sejalan dengan arus pentadbiran kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali ketika menggulung ucapan belanjawan 2002 di Dewan Undangan Negeri (DUN) petang 13 November lalu berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu dijadikan bahan caturan politik.

"Biar urusan bola diserahkan kepada pemain-pemain bola untuk menentukan, kerana mereka adalah anak-anak kita. Jangan ada campur tangan politik dalam pengendaliannya. "Saya tidak mahu PAS dan saya tidak mahu UMNO berpolitik dalam urusan bola di Terengganu," kata Dato Mustafa Ali.

Haji Roslan dalam ucapannya menyokong ucapan belanjawan menteri besar mengucapkan tahniah kepada pasukan bola yang terkenal sebagai pasukan ‘penyu’ itu kerana berjaya menjadi juara Piala Malaysia tahun ini. Bagaimanapun beliau menyuarakan rasa tidak senang kerana urusan bola sepak itu dipolitikkan oleh pihak yang tidak senang dengan pimpinan kerajaan Terengganu.

Beliau mahu melalui proses yang sihat, teraju pengurusan bola itu diambilalih oleh pihak yang tidak bermasalah dengan kerajaan negeri. Dato’ Haji Mustafa berjanji akan memberi penghargaan yang setimpal dengan sumbangan pasukan bola yang berjaya menjadi juara yang sekali gus menaikkan nama negeri dan rakyat Terengganu. Bagaimanapun beliau enggan mengumumkan penghargaan itu kerana mahu berunding dulu dengan lain-lain pihak.

Dato’ Haji Mustafa menolak tohmah yang mengatakan kerajaan Terengganu mengabaikan kemajuan sukan itu dan tidak memberi bantuan. Sejak wang royalti petroleum dan gas dirompak, kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan dan bantuan mengikut keutamaan. Dalam masa dua tahun ini kerajaan ada memberi bantuan dalam bentuk wang dan dalam bentuk tidak mengambil cukai atas jualan tiket bola.

Katanya, tahun lalu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak membayar cukai tiket itu sebanyak RM132,331.90 dan sehingga Oktober tahun ini, persatuan itu tidak menjelaskan sejumlah RM182,645.00 cukai tersebut kepada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). "Setakat ini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap PBSNT," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com