UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kempen keselamatan jalan raya melalui khutbah jumaat

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri terus menerus menjalan kempen keselamatan jalan raya termasuk memberi nasihat kepada orang melalui khutbah Jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan Haji Abu Bakar Abdullah berkata, Kerajaan cukup prihatin dengan masalah itu dan akan berusaha sedaya upaya supaya masalah kes jalan raya semakin berkurangan dari setahun ke setahun.

Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan Ucapan belanjawan Tahun 2002 yang disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdu Hadi Awang di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini 11 November lalu. Katanya, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya melalui khutbah jumaat di masjid-masjid di seluruh negeri.

"Di samping itu juga kita mengadakan program-program bersama masyarakat dengan menjelaskan kedudukan hukum hakam dan juga hukuman bagi mereka yang melakukan kesalahan jalan raya di dunia. "Di samping akhirat kita juga menyatakan kepada mereka ini dari segi hukuman yang telahpun ditetapkan oleh pihak Kerajaan Pusat," jelasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com