UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Telekom akan sediakan Stesyen CDMA di Bukit Bauk

KUALA TERENGGANU: Syarikat Telekom Malaysia akan melaksanakan Stesyen Code Division Multiper Accees’ (CDMA) dengan konsep wireless yang akan ditempatkan di Bukit Bauk Dungun tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Encik Yahaya Ali berkata, ia bertujuan untuk memberi kemudahan telefon kepada penduduk di sekitar kawasan itu termasuk Kampung Padang Pulut.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab masalah yang ditimbulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukti Besi Haji Roslan Ismail ketika menggulung perbahasan Ucapan Belanjawan Tahun 2002 Menteri Besar di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.

Dalam ucapan perbahasan itu, Haji Roslan menimbulkan masalah ketiadaan talian telefon di Kampung Padang Pulut. WARTA juga difahamkan Kampung Shukur dan Pasir Raja, Dungun belum lagi mendapat kemudahan talian telefon. Encik Yahaya berkata, Kerajaan Negeri percaya kawasan yang berdekatan termasuk Kampung Padang Pulut akan mendapat kemudahan dengan menggunakan sistem itu tidak lama lagi.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah kemudahan itu kerana ia di bawah bidang kuasa Syarikat Telekom Malaysia melainkan kerajaan diberi kebenaran untuk menubuhkan syarikat komunikasi dan mengadakan usaha sama dengan syarikat tersebut bagi memajukan telekomunikasi negeri Terengganu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com