UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ramai tidak layak tetapi terima PPRT

KUALA LUMPUR: Kisah 81 peratus dari 116 penerima bantuan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah orang yang tidak layak telah dibangkit di Parlimen oleh ahli dari Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid dalam perbahasan belanjawan tahun 2002 baru-baru ini.

Justeru Haji Muhyidin ragu dengan peruntukan RM66.98 bilion untuk pengurusan dan RM33.54 bilion untuk pembangunan tidak sampai kepada sasaran setelah melihat laporan jabatan audit negara yang menyebut 81 peratus yang mendapat bantuan PPRT adalah orang yang tidak berhak menerimanya.

Beliau lalu menyesali reaksi Perdana Menteri yang disifatkannya seperti ‘lempar batu sembunyi tangan’ atas laporan audit itu dengan menyalahkan segelintir pegawai kerajaan yang dikatakannya mengamalkan pilih kasih dalam pembahagian itu. "Baginya para pegawai kerajaan tidak berani melakukan perbuatan yang boleh memberi kesan besar kepada politik, tetapi mereka lazimnya adalah menerima bisikan dan arahan daripada pemimpin yang memerintah," katanya.

Haji Muhyidin juga membangkitkan tentang agihan bantuan buku teks di Terengganu yang borangnya memerlukan sokongan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), majikan atau guru kelas. Bagi penoreh, penternak dan pekerja kampung yang tiada majikan, mereka dikehendaki mendapatkan sokongan guru. Guru pula tidak berani menyokong selagi tidak mendapat persetujuan pengerusi JKKK iaitu seorang ahli UMNO.

Ada masalah bagi JKKK untuk menurunkan tandatangan dan capnya kepada pemohon yang terdiri dari anak orang PAS atau KeADILan. Banyak borang dipulangkan tanpa tanda tangan JKKK. Haji Muhyidin kemudian menyebut tentang seorang pelajar di kawasannya memerlukan RM1,000 untuk menyambung ke pelajaran tinggi.

Pelajar itu cuba mendapatkan bantuan wang ihsan. Haji Muhyidin menunjukkan kepada Dewan Rakyat tiga jenis borang yang diberi untuk bantuan wang ihsan. Satu borang ditanda tangani oleh pemohon dan penjaga, satu pengesahan pengerusi JKKK dan satu lagi pengesahan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Dalam borang itu dikehendaki pengesahan keahlian UMNO oleh ketua cawangan UMNO dan penjaga pemohon. Akhirnya pemohon berkenaan tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan itu dan pelajar tadi tidak dapat menyerahkan borang permohonan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com