UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Borang Umno untuk mendapat wang ehsan dirujuk ke ‘select committee’

KUALA TERENGGANU: Kes pemohon bantuan wang ehsan yang dikatakan diberi tiga borang antaranya untuk memastikan keahliannya dalam UMNO dirujukkan kepada ‘select committee’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. Sidang belanjawan hari kedua DUN Terengganu agak kecoh apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Kemasik Dato’ Abu Bakar Ali menyesali ucapan Ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid yang mengatakan seorang pelajar di kawasannya diberi tiga borang untuk mendapatkan bantuan wang ehsan.

Borang itu antaranya mahu mengesahkan keahliannya dalam UMNO dan pengesahan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Malah borang itu juga dikatakan memakai kepala surat keris berpalang. Ia dimaksudkan logo UMNO. Dato’ Haji Abu Bakar berkata, Ahli Parlimen Hulu Terengganu berbohong kerana tidak ada borang seperti itu. Beliau menunjukkan kepada Dewan tiga keping borang yang menurutnya borang rasmi yang diberi kepada pemohon.

ADUN Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh kemudian bangun mendedahkan kepada Dewan tiga keping borang menyamai borang yang disebutkan oleh Haji Muhyidin di Dewan Rakyat itu. Berikut berlaku kekecohan antara penyokong kerajaan dan pembangkang. Exco kerajaan Haji Wan Abdul Muttalib Embong kemudiannya bangun mencadangkan kepada Yang Di Pertua Dewan supaya merujukkan perkara itu kepada ‘Select Committee’ untuk menentukan perkara itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com