UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Miskin boleh kalahkan kaya lemah kalahkan yang kuat

KUALA LUMPUR: Pasukan Bola Sepak Terengganu diberi setinggi-tinggi tahniah di Dewan Rakyat oleh anggota dari Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid ketika beliau membahaskan rang belanjawan 2002 petang 5 November lalu. Ucapan penghargaan itu dibuat sebagai menghargai kemenangan pasukan Terengganu menjuarai Piala Malaysia bagi tahun 2001 dengan mengalahkan pasukan Perak 2 - 1 di Stadium Bukit Jalil pada malam 4 November lalu.

Tepukan meja anggota Parlimen kedengaran apabila Haji Muhyidin menyebut tentang kemenangan Terengganu itu. Bagaimana pun beliau menyatakan rasa terhinanya apabila pengulas TV semasa perlawanan bola berlangsung kerana menyifatkan pertandingan itu adalah antara dua darjat – antara negeri kaya dan negeri miskin. Tanpa menyebut nama negeri tetapi dipercayai negeri miskin itu ialah Terengganu.

Perlawanan

Haji Muhyidin kemudian menyebut tentang mesej atau pengajaran dari Allah yang perlu diperhati ialah pasukan yang dikatakan miskin telah mengalahkan satu pasukan yang kaya-raya yang dijanjikan puluhan ribu ringgit kepada pemain. Beliau mengingatkan kepada para pejuang bahawa wang bukan segala-galanya dalam mengejar kejayaan. Tetapi baginya, perjuangan mestilah kerana semangat yang kental dan keikhlasan oleh pemain dan para pejuang.

Haji Muhyidin lalu mengaitkan kejayaan pasukan Terengganu yang dikatakan miskin itu dengan nasib Afghanistan, sebuah negara miskin diserang oleh sebuah negara kaya iaitu Amerika. Beliau yakin Afghanistan yang miskin akan mengalahkan Amerika yang kaya dan angkuh itu. Dan beliau sempat mengingatkan tentang parti politik yang kaya boleh dikalahkan oleh parti politik yang miskin dalam pilihan raya akan datang di negara ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com