UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Perak beli sistem IT mahkamah syariah

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri telah menjual sistem mahkamah syariah kepada negeri Perak dan negeri itu telah mengguna pakai sistem tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Encik Yahaya Ali berkata, sistem itu mempermudahkan para hakim merujuk fakta-fakta kes tanpa merujuk kitab.

Kerajaan juga melaksanakan sistem perakaunan bersepadu, pihak berkuasa tempatan berkait dengan taksiran pelesenan dan sewaan, maklumat keluarga Islam dan lain-lain. Ini berikutan dengan Kerajaan membentuk Jawatankuasa Agenda IT dan telah bermesyuarat beberapa kali bagi mengambil berat dunia teknologi maklumat untuk pembangunan negeri. Katanya, jawatankuasa tersebut menjadi tempat rujukan Kerajaan dalam melaksanakan program ICT di negeri ini.

Teknologi maklumat

Kerajaan juga melaksanakan sistem telekhidmat secara percubaan untuk orang ramai melaporkan permasalahan mereka kepada Kerajaan. Katanya, Kerajaan merancang untuk mengadakan satu program cakna IT di peringkat kampung dan mengharapkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) akan dibekalkan dengan komputer untuk membolehkan mereka menyalurkan segala permasalahan mereka melalui IT bagi tindakan Kerajaan.

Menurutnya, Kerajaan telah mengambil inisiatif agar pembangunan ICT di negeri ini berjalan seiring dengan perkembangan semasa dan dasar membangun menurut Islam.

Perkembangan semasa

Justeru beliau menjelaskan bahawa skop pembangunan ICT begitu luas bukan sekadar penggunaan biasa komputer tetapi ia mencakupi bagaimana menguruskan maklumat melalui teknologi moden yang canggih, memendekkan masa dan mengurangkan penggunaan kertas. "Paling penting ialah untuk menambahkan efisyensi (keberkesanan) pentadbiran dan merapatkan lagi hubungan dengan rakyat," katanya ketika menggulung perbahasan Ucapan Belanjawan Menteri Besar Tahun 2002 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini.

Katanya, soal apakah aplikasi yang mahu dilaksanakan apabila adanya infrastruktur itu. "Tidak ada makna jika kerajaan mempunyai infrastruktur yang begitu besar dan menelan belanja begitu besar tetapi tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya," jelas beliau.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com