UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




17 projek plastik diluluskan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri meluluskan 17 projek Taman Industri Plastik Terengganu untuk mengeluarkan pelbagai produk berasaskan plastik melibatkan tanah seluas 200 ekar dan memberi peluang pekerjaan 1,922 orang di Batu 7 Dungun.

Serentak itu dari keluasan tanah itu Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Perusahaan Pelastik Malaysia (MPMA) akan membangunkan kawasan melibatkan lot industri seluas 150 ekar, perumahan pekerja (40) dan pusat latihan (10). Dijangka beberapa kilang akan beroperasi pada akhir tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, separuh daripada kawasan itu telah dibangunkan dengan kemudahan infrastruktur manakala sebahagian lagi tidak dapat dibangunkan kemudahan itu kerana pinjaman Kerajaan Pusat ditarik balik.

"Ini akan menimbulkan sedikit kesulitan tetapi Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan baki kawasan ini secara penswastaan," jelasnya. Dalam perkembangan lain beliau menjelaskan Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM10 juta untuk membantu usahawan tempatan.

Bagaimanapun ia tidak dapat disediakan kerana rompakan royalti petroleum yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat. Katanya, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Yayasan Tekun Malaysia bersama-sama berusaha membantu usahawan tempatan menyediakan pinjaman untuk memajukan perniagaan mereka.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri merasa dukacita kerana dari 418 permohonan dibuat hanya 77 permohonan diluluskan manakala 16 permohonan lagi dalam proses penilaian. Haji Mohd. Abdul Wahid berkata demikian ketika menggulung perbahasan Ucapan belanjawan 2002 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com