UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terengganu menuntut keadilan

KUALA TERENGGANU: Rakyat dan Kerajaan Negeri menuntut supaya Kerajaan Persekutuan berlaku adil dan menghormati undang-undang dengan mengembalikan segera bayaran Royalti Petroleum dan Gas sebanyak lima peratus setahun (kira-kira RM800 juta) sebagaimana perjanjian dengan PETRONAS.

Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, sekurang-kurangnya Kerajaan Pusat perlu memenuhi dahulu janji Menteri Kewangan dalam Ucapan Belanjawan 2001 untuk menampung defisit perbelanjaan yang dialami. Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Belanjawan 2002 Dalam Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Ke-10 di sini 11 November lalu.

Pembentangan

Katanya, usaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil dari lain-lain punca selain Royalti Petroleum dan Gas telah berjaya memperseimbangkan prestasi kutipan hasil dengan perbelanjaan Kerajaan Negeri. Sehingga 30 September lalu, jumlah terimaan Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM165,344,476.88 dan jumlah pembayaran sebanyak RM223,855,208.08.

Katanya, dari segi Perbelanjaan Mengurus, sejumlah RM10,099,951.06 telah dibelanjakan di bawah Peruntukan Perbekalan, sementara bagi Peruntukan Pembangunan, perbelanjaan adalah sebanyak RM26,478,516.92 dan Perbelanjaan Bekalan Air sebanyak RM17,276,740.10. "Oleh itu defisit perbelanjaan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri sehingga 30 September lalu adalah sebanyak RM58,510,731.22," ujarnya.

Katanya, tanpa bayaran Royalti Petroleum dan Gas, anggaran pendapatan hasil bagi Negeri Terengganu bagi tahun 2001 adalah sebanyak RM262,424,130.13 dan anggaran jumlah perbelanjaan sebanyak RM434,879,638.03. Angka-angka ini akan meningkatkan defisit keseluruhan kepada RM172,455,507.90 pada akhir tahun 2001 nanti. "Defisit tersebut tidak akan berlaku sekiranya Royalti Petroleum dan Gas dikembalikan kepada kita," jelasnya.

Sebelum itu beliau berkata, sumber hasil Petroleum dan Gas sekali lagi dimasukkan sebagai hasil kerana ianya pada pendapat Kerajaan merupakan hak Kerajaan dan Rakyat Negeri Terengganu. "Pada ketika ini hampir 75 peratus sumber hasil negeri diambil daripada kita secara kekerasan dan tidak beradab oleh Kerajaan Persekutuan," tegasnya.

Hak Kerajaan

Kerajaan Persekutuan sedar bahawa selagi wang royalti ini tidak diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri, rakyat Terengganu akan didera daripada menikmati program pembangunan dan program kebajikan rakyat yang dirancang oleh Kerajaan Negeri. "Mungkin ini adalah bayaran termahal bagi rakyat Terengganu dalam memilih demokrasi sebagai falsafah politik," ujarnya. Bagaimanapun Kerajaan berazam untuk mengatasi kesulitan kewangan dengan agenda dan pelan tindakan alternatif.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com