UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kereta kegunaan pemimpin negeri sekarang tinggalan kerajaan BN

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Mustafa Ali berkata, semua kereta yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Terengganu sekarang adalah kereta yang ditinggalkan oleh kerajaan lama. Mengekal dan menggunakan kereta lama adalah lebih ekonomi dari menukarnya dengan kereta baru sedang kereta itu masih baik.

Beliau berkata demikian bagi menjawab satu soalan dari seorang muslimat dalam majlis makan anjuran PAS kawasan Segambut di sini baru-baru ini. Muslimat itu minta penjelasan tentang ramai kononnya bercakap tentang pemimpin kerajaan Terengganu tidak melawat kawasan dan menggunakan kereta mahal.

Kereta mewah

Dato’ Haji Mustafa menafikan wakil rakyat Terengganu tidak melawat kawasan dan tidak bergaul dengan rakyat. Beliau sendiri adalah antara yang paling banyak tugas sebagai pemimpin PAS pusat dan negeri, sebagai Exco dan Ahli Parlimen, tetapi beliau sempat juga membahagikan masa untuk menyertai kegiatan di kawasannya. Demikian juga wakil rakyat yang lain.

Mengenai kereta-kereta mewah yang digunakan oleh pemimpin kerajaan dan para pegawai sekarang beliau berkata ia adalah peninggalan kerajaan lama. Kalau ia kereta mewah, ia adalah dibeli oleh kerajaan dulu dan pemimpin kerajaan sekarang menyambung pakai kereta yang sudah ada.

Dalam keadaan kereta itu masih baik, tidak menasabah ia ditukar dengan kereta baru. Bagi menukar dengan kereta yang kecil sedikit akan menimbulkan masalah juga kerana kereta kerajaan adalah banyak. "Kalau exco kerajaan menukar kereta murah sedikit, ini akan memaksa pegawai-pegawai terpaksa menukar kereta yang lebih kecil," jelasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com