UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terima kasih atas sumbangan anak syarikat kerajaan

KUALA TERENGGANU: Pengarah UPEN Dato’ Tengku Hassan Omar menyampaikan ucapan terima kasih kerajaan kepada seluruh anak syarikat di bawah kerajaan negeri Terengganu yang memberi sumbangan sejumlah lebih RM2 juta kepada Tabung Darul Iman (TDI) sejurus selepas tabung itu ditubuhkan.

Katanya, selepas TDI dilancarkan pihak UPEN meminta anak-anak syarikat memberikan sumbangan. Dalam waktu yang singkat masing-masing telah memberikan sumbangan. "Ada yang membuat sumbangan sepenuhnya, ada yang membuat ansuran, dan antaranya ada yang belum habis ansurannya." Tabung itu ditubuhkan oleh kerajaan selepas kerajaan Terengganu menghadapi kekurangan wang akibat rampasan wang royalti minyak oleh Kerajaan Pusat. Penubuhan itu juga atas pandangan orang ramai.

Dato’ Tengku Hassan berkata demikian dalam majlis ramah mesra yang dihadiri oleh semua pemimpin kanan setiap syarikat. Antara mereka ada yang datang dari Kuala Lumpur. Majlis seperti itu yang diadakan di Wisma Darul Iman adalah yang pertama kali diadakan sejak kerajaan baru, bertujuan untuk menemukan semua pemimpin kerajaan dan pegawai-pegawai kanan setiap syarikat bagi membolehkan mereka bertukar-tukar fikiran.

Bagaimanapun Dato’ Tengku Hassan berkata, sumbangan syarikat-syarikat itu bukan setakat sekali itu saja. "Sumbangan perlulah diberikan terus menerus kerana Kerajaan merasakan bantuan daripada syarikat-syarikat dan orang ramai perlu diberi berterusan," jelasnya. Justeru beliau menyeru supaya syarikat-syarikat membuat sumbangan lagi bagi menampung beberapa keperluan. Katanya, UPEN akan menghubungi setiap syarikat.

Sementara itu, Dato’ Tengku Hassan yang mengiringi Menteri Besar ke luar negeri memberitahu bahawa Negara Timur Tengah telah meminta Terengganu membekalkan 500,000 tan kayu gergaji, dan minta syarikat Terengganu pergi ke Yaman membotolkan minyak sawit. Beliau juga memberitahu Yaman menawarkan ikan yang murah. Beliau minta usahawan Terengganu merebut semua peluang itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com