UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pendidikan global matlamat MTT

Oleh ZANALIZAM AHMAD

MAAHAD Tahfiz Waal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) ditubuhkan dengan matlamat untuk merealisasikan pendidikan Islam secara global bagi melahirkan hafiz dan hafizah, ulama’ dan intelek generasi berilmu yang dapat memenuhi tuntutan sebagai da’i profesional yang memahami biah (situasi) Islam untuk manfaat pembangunan dan kemajuan generasi yang dapat memandu kesejahteraan hidup berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Pengetua MTT, Ustaz Hamdan Mohamad, 46, berkata, MTT berusaha untuk mewujudkan tawazun (keseimbangan) dalam bidang pendidikan. Ia juga berusaha memenuhi keperluan terhadap masyarakat yang dahagakan ilmu, sekaligus memberi alternatif kepada corak pendidikan masa kini.

"Kelahiran MTT juga bagi menampung ketandusan dan keperluan sistem pendidikan ke arah yang lebih global. "Pelaksanaan sistem ini berteraskan kepada persepaduan antara pembangunan insan yang berpaksikan aqidah yang sahih, ilmu yang bermanfaat dan amal yang soleh dengan pembangunan sumber manusia bagi memenuhi tuntutan ummah dalam semua keadaan," jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Kampung Tok Jiring Kuala Terengganu baru-baru ini.

Maahad Tahfiz Waal Tarbiyyah Darul Iman mempunyai sejumlah 480 orang pelajar, 35 orang guru dan 8 orang kakitangan bukan akademik. Bilangan kelas yang ada ialah, 18 buah meliputi lima kelas tingkatan satu, lima kelas tingkatan dua, empat kelas tingkatan tiga, dua kelas tingkatan empat dan dua kelas tingkatan lima. MTT ditadbir oleh guru-guru berpengalaman di samping tenaga khas yang dilantik berasaskan kemahiran dan pengkhususan yang diperlukan serta mempunyai kelulusan dari pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

MTT memperuntukkan aliran khas (agama-arab) yang terdiri dari tingkatan satu hingga tingkatan enam. Pengajiannya berdasarkan sukatan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Pelajar aliran tersebut disediakan untuk menduduki peperiksaan berkembar iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

"Mulai tahun 2002, MTT dibahagikan kepada tiga bahagian pembelajaran iaitu pertama, (Tahfiz 100 peratus ), di mana pelajar diwajibkan menghafal al-Quran sebanyak 30 juzu’. Kedua (tahfiz sebanyak 60 peratus dan akademik 40 peratus) dan ketiga, penumpuan kepada aspek akademik serta diwajibkan dua juzu’ Al-Quran sekurang-kurangnya perlu dihafal oleh para pelajar. "Bagi pelajar-pelajar tahfiz, mereka wajib tinggal di asrama sekolah dengan pakaian rasminya, jubah putih bagi lelaki dan jubah coklat bagi perempuan.

"MTT mempunyai 19 buah kelas, tiga kelas tingkatan satu, lima kelas tingkatan dua, enam kelas tingkatan tiga, dua kelas tingkatan empat, dua kelas tingkatan lima, satu kelas tingkatan enam rendah, dua kelas tingkatan enam atas, sebuah kantin, asrama lelaki dan perempuan serta sebuah mini perpustakaan."

Menurut Ustaz Hamdan, Keputusan akademik pelajar-pelajar MTT begitu memuaskan dan setanding dengan mana-mana sekolah kerajaan yang lain. Dari segi ko-kurikulum, MTT mempunyai ‘Unit Amal’ yang berfungsi untuk membantu kerja-kerja kebajikan. MTT juga mempunyai sebuah kumpulan nasyid yang diberi nama ‘Shoutul Huffaz’. Aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan, ialah kelas-kelas pidato bagi melahirkan pemidato yang baik dan khatib yang berkaliber serta bengkel penulisan juga turut diadakan untuk mengasah bakat para pelajar.

Mengenai masalah moral beliau berkata: "Gejala sosial yang berlaku adalah berpunca daripada kerendahan akhlak muda-mudi hari ini. Untuk itu kita perlu menekankan pendidikan al-Quran dan ajaran Islam yang syumul bagi menangani apa jua permasalahan yang timbul."






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com