UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Laksanakan Islam sepenuhnya – Shukrimun

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat telah dicabar oleh Anggota Parlimen Kuala Nerus, Encik M. Shukrimun Shamsudin supaya melaksanakan keseluruhan ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran, bukan sekadar mengisytiharkan Malaysia negara Islam. Shukrimun berkata, dengan pelaksanaan sepenuhnya itu kerajaan akan dirahmati dan diberkati Allah.

Ketika membahaskan rang belanjawan 2002 di Dewan Rakyat Encik Shukrimun berkata, sekadar mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam sedangkan sistem perundangan, kehakiman dan pentadbiranya jauh dari Islam yang syumul tidak bermakna apa-apa. Beliau berkata, seluruh sistem ekonomi negara masih memakai sistem riba dan sudah tiba masanya digariskan sistem ekonomi sendiri berdasarkan prinsip yang terdapat dalam kitab suci.

Sistem ekonomi riba cukup menyiksa dan mendorongkan lebih ramai orang muflis dan setiap saudagar dibebankan dengan hutang yang kian bertambah. Sebaliknya ekonomi Islam akan memberi masyarakat benar-benar merdeka, bebas, adil, sejahtera, harmonis, bebas dari sebarang diskriminasi, pilihkasih, pilihkawan, pilih keluarga atau pilih bangsa.

Dengan berani Shukrimun menyebut bahawa sepanjang keadilan yang terbaik yang dinikmati oleh Yahudi ialah semasa ia berada dalam pentadbiran Islam di Sepanyol. Beliau memetik kajian yang pernah disiarkan oleh Majalah Time menyebut bahawa Yahudi tidak boleh hidup di bawah pentadbiran Kristian, Islam tidak boleh hidup di bawah kekuasaan Yahudi tetapi semuanya boleh hidup di bawah Islam.

Beliau meramalkan bahawa Islam adalah satu-satu calon untuk dijadikan agama yang memerintah dunia di masa akan datang. Beliau menyesali dalam keadaan negara memiliki segala yang diperlukan, ekonomi dan politik ditentukan oleh Amerika. Beliau menyeru supaya tidak dibiarkan kuasa-kuasa besar mendalangi politik dan ekonomi negara dalam keadaan negara memiliki segala-galanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com