UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tidak ada negara bebas, merdeka di dunia

SELEPAS Tragedi 11 September 2001 di New York dan Washington apabila serangan kapalterbang penumpang Amerika Syarikat (AS) telah meranapkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon, kita tidak dapat mengelak dari membuat pemikiran semula bahawa sebenarnya tidak ada negara yang merdeka di dunia ini. Kemerdekaan, kebebasan dalam ertikata yang sebenar tidak wujud. Negara kecil tertakluk kepada kehandalan satu kuasa besar iaitu AS yang menentukan bagaimana seharusnya tatacara negara mereka sepatutnya beroperasi.

Jika negara berkenaan tidak mengikut arahan yang dibuat nanti negara itu akan dibelasah dengan bom, serangan udara dan penghantaran kapal-kapal perang di perairan negara berkenaan. Ini berlaku kepada negara seperti Iraq. NGO kuasa besar ini ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu dan Majlis Keselamatannya. Selain itu NGO kuasa AS ini ialah pertubuhan-pertubuhan seperti OIC dan serantau yang lain dengan AS melobi pengaruh untuk anggota-anggota negara berkenaan menyebelahi mereka.

Di zaman Perang Dingin dengan bekas Soviet Union, kuasa besar AS dan barat ini menggunakan pendekatan yang sama tetapi mereka menghadapi perimbangan kuasa yang berbeza dengan sekarang dan negara boneka yang mereka bentuk tidak menjadi dan jatuh kerana kebangkitan rakyat seperti yang berlaku dalam Perang Vietnam dan negara Indochina yang lain. Kerajaan Lon Nol di Kemboja yang dibroker oleh AS tidak dapat bertahan lama kerana kebangkitan rakyat mewakili satu lagi blok kuasa iaitu Komunis Soviet Union. Begitu juga regime Nyugen Van Thieu dan Marshal Udara Kao Ky di Vietnam tidak juga dapat bertahan kerana tentangan popular Vietcong di Vietnam.

Kini selepas akhir perang dingin, tumpuan AS dan barat ialah negara Islam yang tidak bersatu yang dengan mudah menjadi sasaran seperti apa yang berlaku di Afghanistan. Tidak ada negara yang merdeka dengan sebenarnya. Afghanistan akan mempunyai regime tajaan AS dan barat selepas peristiwa 11 September. Negara-negara lain yang berpotensi akan ditaja oleh AS dan barat ialah Iraq, Somalia, Sudan, Yaman dan lain-lain.

Negara-negara lain seperti Arab Saudi dan negara-negara teluk sekitar mempunyai kehadiran tentera AS dan barat di bumi mereka. Di mana kemerdekaan mereka? Jawabnya tidak merdeka, bebas sebagai negara berdaulat. Mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menentukan kerajaan pilihan rakyat juga tidak bebas untuk membuat ketentuan sendiri.

Parti yang menang dan jika ada ramuan Islam akan dinafikan kemenangan dengan pelbagai cara seperti di Algeria, Sudan dan Turki. AS dan barat akan menentukan semuanya. Apa yang berlaku di Algeria, Sudan dan Turki membuktikan AS lebih mahukan kerajaan ala tentera atau yang bersekongkol dengan mereka sahaja yang dibenarkan.

Kebangkutan di Palestin juga membuktikan kebenaran bahawa agenda AS dan barat ialah membajai konflik di Palestin dan rantau Asia Barat secara lebih meluas dengan kerajaan yang memerintah turut sama bertindak ganas terhadap rakyatnya yang mahukan Negara Islam yang menyeluruh. Ini tidak dapat dibenarkan oleh AS dan barat kerana kuasa Islam nanti akan menyaingi mereka. Apa yang berlaku adalah kebangkitan semula rakyat untuk membebaskan diri dari belenggu penjajahan AS dan barat. Suasana ini membenarkan bahawa tidak ada negara yang merdeka sebenarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com