UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kerajaan praktikkan pendidikan bersepadu duniawi ukhrawi

KEMAMAN: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, Kerajaan menyedari hakikat keperluan pendidikan bersepadu yang tidak memisahkan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi. Katanya, pendidikan itu bukan sahaja dapat merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bahkan ia mampu menyediakan rakyat untuk menghadapi masa depan dan globalisasi.

Justeru, Kerajaan Negeri bertanggungjawab memastikan semua rakyat mendapat pendidikan sewajarnya walaupun ada di kalangan mereka dibelenggu kemiskinan, tambahnya. Menteri Besar menegaskan Ucapan beliau yang disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Haji Husain Awang di Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan kepada Pelajar-pelajar Terengganu di Dewan Berlian Utama, Majlis Daerah Kemaman, Jalan Air Putih, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Pendidikan bersepadu itu boleh mengatasi masalah gejala sosial sebagaimana berlaku di Barat. Berlakunya gejala sosial yang kronik di Barat adalah berpunca dari pergaulan bebas antara lain undang-undang Barat membenarkan perkahwinan sesama sejenis sekaligus mengiktiraf hubungan sejenis yang terkutuk itu.

"Akibatnya masyarakat Barat menjadi kucar-kacir. Institusi keluarga yakni institusi terpenting dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera, semakin hari semakin dilanda kehancuran," jelasnya. Akibatnya, anak-anak tidak lagi menghormati ibu bapa, suami tidak memperdulikan isteri dan isteri pula bebas bergaul dengan sesiapa sahaja. Katanya, acuan pembangunan tamadun Barat itu semakin menular dalam kehidupan masyarakat umat Islam hari ini.

Ia mula meresap melalui sistem pendidikan yang dilihat berkiblatkan kepada sistem pendidikan Barat, yang mana dipisahkan ajaran Islam itu daripada pendidikan. "Jika diambilpun hanya sedikit sahaja termasuk soal ibadat haji, perkahwinan dan sedikit sejarah ketamadunan Islam. Itupun yang sudah diselindungi dan diselewengkan fakta sebenarnya," jelasnya. Katanya, adalah tidak wajar sejarah keagungan tamadun Islam hanya dijadikan sebagai hiasan sejarah semata-mata untuk tatapan generasi akan datang tanpa mengambil iktibar daripadanya.

Institusi pendidikan berperanan penting untuk mencapai matlamat itu dan membaiki kelemahan sedia ada, tegasnya. Antara lain pendidikan yang hanya mementingkan fakta semata-mata tanpa memperimbangkan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi perlu diubah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com