UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Berwaspada ketika mengkritik

Saudara Pengarang,

Baru-baru ini saya pulang ke Terengganu untuk kali kedua selepas kerajaan baru memerintah negeri. Terasa mood rakyat semacam berubah berbanding sebelum pilihan raya dulu. Ketika rakyat di negeri-negeri lain begitu meluat melihat penyelewengan dan kezaliman UMNO yang semakin rakus, tiba-tiba penyokong-penyokong kerajaan Terengganu rata-rata mengkritik kerajaan Terengganu dan setengah pimpinannya.

Antara yang saya perhatikan ialah salah faham tentang manifesto pilihan raya lalu kerana mereka lebih menumpu dan melihat aspek pembangunan kebendaan. Tragedi rompakan royalti menjadi igauan buruk kepada penegak kerajaan dan rakyat Terengganu. Mereka seperti tidak dapat menerima hakikat rampasan itu walaupun sudah dijelaskan.

Mereka sibuk mengkritik Kerajaan Negeri tetapi tidak menyerang agen-agen perompak royalti yang melakukan penyelewengan dalam membahagikan wang ihsan dan pemimpin-pemimpin mereka sedang meratah wang ihsan itu. Ini menyebabkan mereka bermaharajalela dengan wang rakyat yang dirompak itu.

Memanglah dalam mana-mana kerajaan mesti ada mereka yang tidak puas hati, begitu jugalah yang berlaku dalam sepanjang sejarah Islam. Bagi saya penyokong-penyokong kerajaan yang dimaksudkan itu masih di bawah tahap sedar. Mereka sudah bukan lagi pembangkang di Terengganu dan terbawa-bawa sikap suka membangkang walaupun perkara yang ditimbulkan belum ada bukti yang sahih.

Mereka lupa bahawa bekas-bekas wakil rakyat sedang mengumpul berjuta-juta ringgit dari wang royalti yang dirompak. Nasihat saya kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong kerajaan Terengganu termasuk pengkritik dari kalangannya bahawa mempertahankan kerajaan Islam adalah wajib. Sebaliknya jika saudara meruntuhkannya tunggulah kebinasaan dari Allah.

Jangan terburu-buru terperangkap dalam permainan musuh yang ingin melihat kerajaan sekarang hancur berkecai. Para pemimpin jangan memandang enteng terhadap setiap kritikan itu! – Mujahidin di Perantauan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com