UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




JSR pantau penceroboh tanah kerajaan

KUALA TERENGGANU: Menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) untuk mengenalpasti tanah-tanah kerajaan tidak diterokai sewenang-wenangnya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Haji Harun Taib. Beliau berkata demikian di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini berikutan terdapat usaha kontraktor binaan tertentu meneroka tanah kerajaan secara haram kononnya untuk membina sekolah baru.Katanya, Kerajaan mengenalpasti terdapat kontraktor berkenaan meneroka tanah kerajaan secara haram sejak pemerintahan kerajaan Terengganu yang lalu. "Usaha itu masih dijalankan sehingga hari ini dan pihak kerajaan melalui JSR akan memantau perkembangan itu dari semasa ke semasa," jelasnya. Kerajaan mengakui JSR pernah bertanyakan pihak terbabit tentang bagaimana mereka boleh meneroka tanah kerajaan secara haram. "Apakah pertanyaan yang dibuat oleh JSR itu menandakan JSR tidak berakhlak Islam ataupun penceroboh itu tidak berakhlak Islam," soal beliau.

Katanya, Kerajaan tidak mengabaikan tanggungjawab untuk meluluskan permohonan-permohonan tanah bagi membina sekolah kerana ia adalah untuk faedah rakyat negeri Terengganu. Di Daerah Hulu Terengganu terdapat 12 permohonan dan dari jumlah itu lima permohonan diluluskan. Sehubungan itu masalah membina sekolah menengah di Kampung Tapu Hulu Terengganu selesai apabila kerajaan mencadangkan tapak bersebelahan dengan tanah yang dipohon untuk tujuan tersebut.

Kerajaan tidak mahu merubah semula layout untuk tujuan perumahan di tanah berkenaan dengan menggantikan tanah lain untuk membina sekolah. "Memang lot tanah yang dicadang itu hanya seluas tujuh ekar sahaja dan kerajaan akan mengambil balik dua lot tanah bersebelahan," katanya.

Dengan memberi tanah alternatif itu hasrat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk membina sekolah dan memberi kemudahan perumahan kepada rakyat dapat dilaksanakan. "Kita tidak mahu menggagalkan satu projek dan menjayakan satu projek yang lain," jelasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com