UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Premium balak RM3,750 sehektar

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil premium balak lima kali ganda kepada RM3,750 sehektar sehingga mendapat pujian Ketua Audit Negara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Prindustrian dan Sumber Manusia Dato’ Haji Mustafa Ali berkata, Kerajaan PAS kerajaan menaikkan premium 5 kali dikenakan kepada semua syarikat yang menjalankankegiatan pembalakan.

"Sebagai contoh jika dulu kita dapat hasil hanya RM4 juta, kini Kerajaan Negeri mendapat RM18 juta dari keluasan tanah yang sama," katanya ketika menggulung perbahasan Ucapan Belanjawan Tahun 2002 di Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini. Katanya, di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa inilah kebijaksanaan kerajaan baru untuk menambahkan hasil Kerajaan dan rakyat Terengganu.

Menurutnya premium balak yang dibayar pada tahun 1974 ialah RM12 sehektar dinaikkan selepas berpuluh-puluh tahun sebanyak RM375 sehektar dan kini dinaikkan kepada harga RM3,750 sehektar. "Ini satu ‘exercise’ baru yang kita telah buat dan inilah mengamatan yang telah dibuat dalam buku laporan audit yang menyebut bahawa kita punya meningkatan hasil yang meningkat secara mendadak, hasil premium yang kita naikkan," katanya.

Beliau berkata, dulu tidak masuk kepada Kerajaan Negeri tetapi sekarang masuk kepada hasil Kerajaan Negeri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com