UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pembangkang Terengganu pecahbelahkan pentadbiran negeri

KUALA TERENGGANU: Pembangkang Terengganu memecahbelahkan pentadbiran di peringkat negeri melalui Skim Pecahbelah Global dan penguatkuasaan peruntukan apa yang dinamakan wang ehsan. Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pula ketika melawat Terengganu baru-baru ini datang secara tidak beradab. Demikian antara ucapan pergulungan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Haji Abu Bakar Chik di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini."Bagi Kerajaan Negeri ia merupakan wang rompakan yang tetap tercatat dalam sejarah Malaysia." Peruntukkan itu tidak habis dibelanjakan oleh jabatan tertentu kerana skim itu dibelanjakan oleh pegawai persekutuan sahaja di jabatan-jabatan, kemudian pegawai itu tidak menghabiskan peruntukan berkenaan," katanya.

Ini menjadikan Kerajaan negeri merasa hairan apakah sebenarnya sikap dan polisi Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan yang diikuti oleh pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat negeri yang menjadi ahli pembangkang hari ini," tambahnya.

Perdana Menteri datang ke Terengganu tidak beradab, tidak melalui kerajaan negeri, melawat projek di dalam negeri Terengganu dan memanggil pegawai kerajaan untuk menghadiri perhimpunan yang dibuat di Dungun baru-baru ini. Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik, Dato’ Haji Abu Bakar Ali bangun meminta perkataan macam perompak di tarik balik.

Saya mahu menyebut Perdana Menteri masuk ke Terengganu cara itu. Ingat negeri Terengganu ini tidak ada tuan. Negeri Terengganu adalah negeri yang berdaulat. Ada Sultan yang memerintah, ada Menteri Besar, ada wakil-wakil rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang wakil rakyat Kemasik sendiri duduk di dalam dewan ini.

Ini adalah hak negeri Terengganu menurut Perlembagaan dari zaman penjajah dahulu lagi bukan sekarang sahaja. Bagaimanapun seorang Perdana Menteri, mengamalkan dasar tidak mengiktiraf negeri yang mempunyai kelayakan dan mempunyai kedaulatan di bawah dasar federalisme itu sendiri. "Saya menyentuh ini kerana memang rata-rata perdana menteri, menteri-menteri, timbalan menteri datang ke negeri Terengganu untuk berikan kononnya duit ehsan kepada petani-petani, nelayan-nelayan, penternak-penternak ikan dan datang dengan tidak ada adab kecualilah beberapa orang menteri termasuk Menteri Pertanian datang untuk menandatangani MoU," tegasnya.

Kerajaan tahu bahawa kedatangan menteri-menteri pusat bahkan Perdana Menteri mesti disambut dengan penuh tanggungjawab dan penuh hormat bahkan menyediakan belanja dan sebagainya. Tetapi perbuatan masuk ke Terengganu tanpa pengetahuan kerajaan negeri menunjukkan kurang adab atau etika bernegara dan menunjukkan kerendahan moral pemimpin. Oleh kerana itu kerajaan harap perkara ini tidak diulangkan lagi di masa-masa akan datang.

"Saya ingat kalau saya boleh mewakili perasaan ahli-ahli yang berhormat bagaimana rasa terhinanya kita bukan kerana kita berlawan secara demokrasi tetapi kerana bagaimana seorang yang dianggap pemimpin besar dunia yang menjuarai ketamadunan dunia ketiga zaman ini tetapi tidak ada moral," katanya. "Bahkan ia diikuti oleh pemimpin-pemimpin lain sampai kepada pemimpin peringkat bawahan untuk memusnahkan rakyat dan bangsanya sendiri melalui projek atau skim pecahbelah global yang dianjurkan oleh UMNO.

"UMNO mengatur skim memecahbelahkan rakyat jelata melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)di merata-rata tempat sekarang ini. Agensi-agensi kerajaan pusat tidak menerima tandatangan Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) tetapi menerima tandatangan Pengerusi JKKK.

"Kerajaan negeri tidak mahu ambil langkah-langkah yang boleh lebih menyusahkan lagi tetapi kerajaan berharap mereka terbabit insaf. Kita harap insaflah. Sudah 40 tahun merdeka, insaflah. "Apakah kaedah yang hendak dipakai di dalam negara ini? Kalau UMNO merasakan bahawa kontrak sosial sekarang tidak layak lagi dan sistem komunis yang lebih layak biar dia kemukakan kepada rakyat kemudian rakyat memberi jawapan sama ada mahu demokrasi atau komunis.

"Biar Perdana Menteri dan UMNO kemukakan referendum kepada rakyat dan ubah kontrak sosial kepada yang baru. Jangan menjalankan dasar semata-mata kerana sombong dan angkuh, guna undang-undang rimba yang bukan saja menyusahkan dan menderitakan rakyat tetapi juga menyusahkan pentadbiran, perpaduan antara kaum yang hasilnya melemahkan bangsa dan rakyat sendiri.

"JKKK sebenarnya tidak ada tempat dalam negeri Terengganu dan kerajaan tidak mahu berbalah dengan JKKK. "JKKK ini rakyat dan anak kita dan kita didik mereka tetapi ketua mereka yang tidak baik dan tidak mahu kepada prinsip perlembagaan dan undang-undang."






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com