UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




JSR Alor Lintah atur kuliah jumaat

BESUT: Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR), Alor Lintah, mengadakan kuliah jumaat mingguan kepada penduduk-penduduk sekitar dengan menjemput kepimpinan negeri dan penceramah berkaliber.

Mereka itu termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Husain Awang, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan Alwi Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh, dan ADUN Kampung Raja, Haji Abdul Aziz Abas.

Menurut Timbalan Pengerusi JSR Alor Lintah, Haji Mohd Arif Abdullah, 55, kuliah mingguan tersebut diadakan bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur bagi memastikan dakwah Islam berkembang secara lebih meluas di Daerah Besut. "Kuliah mingguan ini diadakan di Masjid Alor Lintah, bermula pada pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.

"Setakat ini, sambutan dari penduduk kampung dan sekitar adalah amat menggalakkan dan saya menyeru kepada seluruh muslimin dan muslimat supaya memberikan sambutan kepada majlis ilmu seperti ini," jelasnya. Ketika ditemui di sini beliau berkata, kuliah mingguan itu juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan ingin menambah pengetahuan agama di samping dapat mengeratkan tali silaturrahim antara pemimpin dan rakyat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com