UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Siapa Lebih Zalim?

SYABAS kepada kerajaan Terengganu yang telah meroboh bangunan yang didirikan di atas tanah kerajaan di Payoh, Kemaman tanpa kebenaran. Tindakan UMNO ( JKKK ) mendirikan bangunan di atas tanah kerajaan adalah satu perbuatan rakus yang tidak boleh dibiarkan tanpa halangan. Mereka ingin menunjukkan kepada rakyat, khususnya ahli dan penyokong mereka bahwa UMNO masih berkuasa, sekaligus memperkecilkan kerajaan BA yang dipilih rakyat.

Liputan TV 3 pada 7 Jan 2002 yang ingin menonjolkan kezaliman kerajaan negeri, sedikit sebanyak. memberi kesan negatif kepada penonton yang tidak mahu memikir. Dengan itu marilah kita, khususnya rakyat Terengganu, merenong dan mengkaji hakikat sebenar yang mendorong kepada peristiwa ini:

1. Pernahkah JKKK atau pihak yang mendirikan bangunan, kononnya untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Kampong Payoh, memohon kebenaran sepertimana di kehendaki peraturan pihak berkuasa Majlis Daerah Kemaman (MDK)? Saudara Ahmad Said, ketua bahagian UMNO Kemaman adalah bekas exco perumahan dan kerajaan tempatan dan juga bekas Pengerusi MDK. Beliau tentu lebih arif tentang peraturan-peraturan berkaitan pembinaan bangunan di atas tanah kerajaan. Kenapa tiba-tiba saja beliau mengatakan kerajaan PAS zalim kerana meroboh bangunan yang yang didirikan di atas tanah kerajaan? Bukankah tindakan meroboh surau yang didirikan di atas tanah kerajaan di Kuala Ibai berlaku semasa beliau menjadi exco yang bertanggungjawab sedikit masa dulu? Atau beliau pura-pura lupa untuk membolehkan beliau menuduh kerajaan PAS. Bukan itu sahaja yang dilakukan Ahmad Said, malahan surau yang dibina di atas tanah perseorangan yang diwakafkan di Meraga Beris, Kijal, juga cuba dirobohnya!! Malangnya niat jahat beliau tidak tercapai. Bukankah itu lebih zalim?

2. Pernahkah JKKK atau yang bertanggungjawab berbincang dengan pihak JSR yang berkuasa ke atas kegunaan balai raya untuk menggunakan balai raya untuk tujuan yang dinyatakan dalam liputan TV semalam? Sepertimana didakwa balai raya Payoh tidak terbela, justru tidak sesuai digunakan oleh masyarakat Payoh. Kenapakah pihak JKKK, yang boleh membelanjakan RM 30,000.00, setakat ini, ke atas bangunan yang diroboh, tidak menggunakan wang sejumlah itu untuk membaik-puleh balai raya agar sesuai digunakan. Bukankah tindakan ini akan memanfaatkan seluruh masyarakat Payoh!! Tindakan mereka semata-mata menunjukkan kerakusan dan tidak inginkan perpaduan di kalangan keseluruhan masyarakat Payoh. Seruan pemimpin atasan ke arah perpaduan hanyalah satu slogan kosong. Pihak media perdana usahlah kamu main peranan memutarbelitkan keadaan. Cara ini bukanlah seruan kepada perpaduan, sebaliknya kepada perpecahan yang lebih teruk.

3. Ajukan soalan-soalan berikut kepada diri kita sendiri:

a. Dari manakah datangnya wang RM 30,000.00 yang telah di belanjakan setakat ini. Lupakah kita bahwa Wang PPRT telah diselewengkan??

b. Mustahilkah bangunan yang didakwa untuk kegunaan orang kampong Payoh menjadi tempat kegiatan UMNO. Kita mesti ingat UMNO tidak mempunyai markas Cawangan hinggakan banyak mesyuarat cawangan diadakan di rumah ketua cawangan dan yang paling jijik sekali ialah mengadakan mesyuarat di sekolah.

c. Apakah tujuan menubuhkan JKKK, kalau tidak untuk memecahbelahkan masyarakat?

Adalah diharap agar pihak kerajaan dan mereka-mereka yang lebih arif dan berpengaruh dapat menokok-tambah pandangan ini dan sebarkan seluas mungkin dengan apa cara sekalipun. Moga-moga rakyat Negeri Terengganu tidak terpedaya dengan siaran TV 3, semalam atau lain-lain media perdana. Sekali lagi saya ucapkan S Y A B A S






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com