UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Fatwa MAIJ berkaitan dengan Astora Jabat

Saya menerima banyak email untuk mengetahui kedudukan satu artikal yang tersiar dalam laman ini berkaitan dengan Astora Jabat. Sebelum saya menjawab secara khusus saya ingin menjelaskan beberapa prinsip yang saya amalkan.

Sebagai webmaster laman ini, apatah lagi sebagai seorang Islam saya sedar dan menginsafi bahawa setiap amalan kita walaupun sebesar zarah akan dihisap oleh Allah s.w.t. Malah niat dalam hati pun akan dikira, tidak ada sesuatu pun yang akan terselamat daripada pengkiraan Allah azawajala.

Oleh itu, saya mesti berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan untuk menyiarkan apa-apa pun bentuk berita bagi pengetahuan umum. Walau bagaimana pun sebagai seorang yang berada dalam Jamaah Islam yang memahami hakikat perjuangan Islam, saya mesti memahami selok belok figh haraki dan sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. terutamanya dalam strategi menghadapi musuh-musuh Islam.

Dalam dunia yang serba moden, era gelombang kelima maklumat (information com. teknology ICT) menjadi nadi utama. Sesiapa yang menguasa maklumat dia yang berkuasa. Yahudi dan Nasara cuba mengambil kesempatan dalam dunia serba galut ini. Umat Islam ketinggalan.

Oleh sebab itu menjadi waraq sahaja tidak mencukupi. Saya mengambil kisah bagaimana dalam majlis Tahqim Musa As-Ashari yang menjadi wakil kepada Khalifah Ali telah ditipu dalam berhujah oleh Amru al Asr wakil Muawiyyah Abu Sufian. Saya sedar Musa As-Ashari bukan sebarang orang yang boleh mewakili Khalifah pada masa itu... tetapi sejarah telah mencatat hasil keputusanya Saidina Ali tersingkir daripada jawatan.

Oleh itu saya tahu apa yang saya buat. Saya sedar akan implikasinya.

Berhubung dengan fatwa MAIJ... maaf sekiranya kenyataan ini cukup kasar atau biadap. Bagi saya tidak ada apa yang nak dibanggakan dengan fatwa-fatwa mereka. Samada mereka memberi fatwa Astora itu sesat atau tidak. Mereka ini bagi saya adalah agen-agen perosak yang tak sedar mereka sebenarnya sedang mempertahankan sistem jahilillah... Ah hujah mereka kalau tak ada mereka, siapa yang yang akan membetulkan Islam dari dalam. Tapi mereka juga tidak sedar kerena mereka inilah cukup susah kita nak memberi kesedaran kepada Umat Islam yang lain.

Umat Islam yang lain kurang arif tentang agama merasakan bahawa kedudukan mereka betul kerana mereka bersama dengan sebagaian daripada alim ulama yang mempertahan sistem jahiliyyah. Jika mereka tidak mendokong jahiliyyah, cukup mudah orang membezakan antara yang haq dan bathil tetapi bila mereka bersama dengan dengan jahiliyyah yang kurang arif pula mereka yang menentang sistem yang ada adalah ekstrimis.

Apakah ulama ini tidak sedar setiap perbuatan kita akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. Al Syahid Syed Qutb dalam kitanya Petunjuk Sepanjang Jalan dalam bab Laillahaillah manhajul hayat (tiada tuhan melainkan Allah panduan hidup) menerangkan cukup jelas bahawa Islam kita dengan mentauhidkan Allah bukan sahaja pada percakapan, perbuatan dan hati malah 'gambaran fikiran' pun mestilah mentauhidkan Allah. Apa yang dimaksudkan dengan gambaran fikiran ialah cara kita berfikir mesti jelas berasaskan nortah bidayah shohihah.

Saya cukup sedar apabila saya menyiarkan artikal berkaitan dengan Astora Jabat seorang orantalis pendidikan barat yang masuk dan mempelajari Islam semata-mata untuk merosakkannya. Hanya segelintir manusia yang buta sahaja mempertahankannya. Apakah mempertahankan orang yang mepersenda-sendakan hukum Allah tidak akan dihisap di akhirat nanti. Jangan kita keliru dalam soal-soal akidah. Saya cukup yakin dengan apa maklumat yang saya ada dan memang banyak kali bila saya menyentuh soal Astora Jebat ini.. saya menyebut bahan bacaannya ada 'rubbish' atau bahasa yang mudah Sampah Minda.

Bila minda kita disogok dengan sampah sarap, bahasa kita menjadi sampah sarap, bahasa akan membuahkan habit (kebiasaan), kebiasaan akan menjadi tingkahlaku. Manakala akhirnya akan membentuk satu sahsiah manusia sampah sarap.

Inilah kehendak Barisan Nasianal (BN) supaya semua masyarakat Malaysia menjadi sampah sarap. Kita disogok dengan perkara-perkara yang tak baik. Media massa, akhbar, TV dan Radio semuanya masukkan sampah sarap dalam minda kita. Ia didokong pula oleh ulama-ulama kebendaan dan keduniaan. Memperiakan semua perbuatan pemimpin negara.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita. Maafkan saya sekiranya bahasa dan cara gaya saya cukup menyingong. Saya masih keletihan dan keunzuran yang amat sangat... tapi tanggungjawab ini mesti diteruskan....

Abu Jihad
Webmaster






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com