UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Amir, ketua biro Utusan di Klang silap hujah untuk buang musuh Khir

Utusan Malaysia melalui ketua bironya di Klang sedang berusaha, bersama-sama dengan Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Selangor, menjalankan perancangan rapi untuk membuat suatu rombakan Exco Kerajaan Negeri.

Ia bermula dengan tulisan Roslan Bian, wartawan Agenda Daily, dalam ruangan Forum Pembaca Utusan yang kononnya menggesa Khir agar disingkirkan beberapa orang Exco, yang dikatakan membawa masalah kepada Khir terutama apabila beberapa penyelewengan dan salahguna kuasanya tersebar kepada Lutfi sehingga penulis bebas itu membuat beberapa kali aduan kepada Badan Pencegah Rasuah.

Ia disusuli oleh tulisan Amir Sharifudin, ketua biro Utusan di Klang, yang mana setiap perkembangan di Shah Alam akan dilaporkan oleh wartawan dari Klang. Amir bertindak lebih berani apabila menamakan sekurang-kurangnya dua orang Exco Kanan, Zainal Abidin Ahmad dan Shariff Jajang sebagai tokoh yang mesti diketepikan.

Amir memilih hujah lebih lembut tetapi nampak kejanggalannya. Hujah sebenar Khir mahu dua tokoh veteran ini diketepikan kerana mereka berdua disyakki memberikan maklumat kepada Lutfi. Tapi Amir mengatakan Zainal harus tumpukan tenaganya untuk menawan semula Kajang yang kini dikuasai ADUN PAS. Beliau juga meletakkan tanggungjawab Dr Zainal untuk merampas kembali kerusi Keadilan di Hulu Kelang, satu kawasan yang tidakpun duduk bersempadan dengan Hulu Langat.

Untuk menyingkirkan Shariff Jajang, Exco yang dikatakan memberi wang RM200,000 kepada Lutfi di Riverside PWTC, Utusan menggunakan alasan bahawa kawasan Putrajaya berada di kawasannya di Sepang, jadi banyaklah tugas-tugas yang mesti dibereskan dan oleh itu Shariff Jajang hendaklah diundurkan dari jawatan Exco.

Utusan tidak cerdik menyiarkan analisis separuh masak ini, semata-mata untuk memenuhi kehendak dan nafsu Khir Toyo. Ahli Umno sendiri tidak bodoh untuk mencongak keputusan pilihan raya 1999. Bandingkan saja keputusan Khir sendiri, dan satu DUN Sungai Burong di Tanjung Karang yang jatuh kepada PAS.

Dan kawasan DUN berjiran dengannya di SUngai Besar pun disapu PAS. Khir sendiri nyawa-nyawa ikan, menang tidak sampai 200 undi.

Selalunya bila seseorang itu perlu melaksanakan misi besar seperti Shariff Jajang dan Dr Zainal, mereka berdua mesti diperkukuhkan lagi kedudukan dalam kerajaan, dan bukannya disingkirkan.

Kamu pun Amir, kalaupun kemaruk sangat dengan duit rasuah Khir Toyo tu, carilah hujah yang lebih bernas sikit. begitu juga dengan Roslan Bian tu. Nanti orang gelak besar saja.

bagitahu terus terang bahawa Zainal dan Sharif Jajang mesti dipecat kerana mereka sudah jadi pengkhianat kepada Khir. Tapi timbul problem, apa buktinya, takkan nak dibuang begitu saja. Tuduh bolehlah tuduh, tapi bukti mana?

Khir janganlah berangan-angan nak pecat orang itu dan ini. Kedudukan kamu tu jagalah sikit. Baik-baiklah dengan PM dan Sultan ... nescaya selamat ..

WARTAWAN UTUSAN JUGA






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com