UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




KERENAH KHIR TOYO DAN ORANG2NYA

1. CIK GU MUSLIM CEMAR NAMA BAIK SULTAN.

Sembang-sembang ketika menghadiri kenduri tahlil ,cik gu Muslim dari Kg.Seri Tiram menceritakan bahawa Khir Toyo akan kekal sebagai MB Selangor sekurang2nya sehingga pilihan raya akan datang. Ahli2 Pas lebih-lebih sdr.Lutfi jangan mimpi boleh jatuhkan Khir Toyo,dakwa cik gu Muslim.Pada majlis yang sama cik gu Muslim telah mencemar nama baik sultan dengan mendakwa bahawa sultan akan meminta PM mengekalkan Khir Toyo sebagai MB Selangor. Cik gu Muslim mengatakan bahawa Khir Toyo telah memberikan wang upeti sebanyak RM 4 juta sebulan supaya sultan terus menyokong mengekalkan Khir Toyo sebagai MB Selangor.

2. PEGAWAI BPR MINTA PROJEK

Hasrat sdr Lutfi agar pihak BPR bertindak menyiasat dan mengheret Khir Toyo ke mahkamah nampaknya menghadapi jalan buntu.Walaupun banyak maklumat yang diperolehi BPR setelah membuat beberapa pertemuan dengan mereka yang terlibat dalam skandal rasuah Khir Toyo, namun bahan bukti yang diperolehi BPR itu akan dijadikan sebagai bahan mengugut Khir Toyo.

Terdapat pegawai bawahan BPR telah cuba mendapatkan projek dari Khir Toyo. Khir Toyo bersetuju memberikan projek dengan syarat pihak BPR memberikan kepadanya senarai nama2 musuh politik Khir Toyo dan senarai ahli umno yang membocorkan rahsia kerajaan negeri. Khir Toyo sekarang senang hati setelah mendapat nama 8 orang musuh politik paling utama diSelangor.

3. NOH OMAR, SETIAUSAHA PARLIMEN BELI 3 RUMAH MEWAH

Orang-orang Khir Toyo sekarang sedang sibuk menceritakan bahawa Noh Omar telah membeli 3 buah rumah mewah sekitar KL dengan harga melebihi satu juta ringgit. Khir Toyo sangat marah kepada sdr.Lutfi sebab sdr.lutfi tidak membongkar kes Noh Omar Mana Noh Omar dapat wang sebanyak itu untuk membeli rumah mewah? ,tanya orang Khir Toyo.Orang2 Khir juga sangat mencurigai Noh Omar sebagai salah seorang yang memberikan maklumat skandal rasuah Khir kepada sdr.Lutfi.

Demikian juga sebaliknya,Noh Omar juga mencurigai gerakan Khir Toyo untuk menyingkirkan Noh Omar pada pilihan raya akan datang. Noh Omar selalu menghantar hantu raya nya ,cik gu mat jeli ke***g,dari SMK Seri DesaTg.Karang untuk mengintip program Khir di Tg.Karang.

4. KHIR TOYO: THE 20 MILLION DOLLAR MB.

Musuh Khir Toyo terutama ahli2 Umno telah menggelarkan Khir Toyo sebagai “The 20 million dollar MB”.Mana2 projek besar yang dilaksanakan di Selangor ,Khir Toyo akan minta wang upeti . Sudah menjadi rahsia umum bahawa Khir Toyo telah meminta masing2 sebanyak RM 20 juta seperti jalan Sekincan (RM 92.5 juta dari Meram Holding),Sg.Panjang (RM 32.5 juta ,dari Mata Seng dan Aziz Desa), jalan di Sabak Bernam (RM 40 juta dari Dato’Aini), dan paip air (RM 87 juta).

Mana2 pojek kecil pula Khir Toyo akan meminta sekurang2nya 20 % daripada kontraktor untuk nya dan kroni.

Dari:
Veteren Umno






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com