UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DEBAT UMUM BERHUBUNG ISU DOKUMEN PENYELEWENGAN PIMPINAN BARISAN NASIONAL

8hb Februari 2002

YB Dato Hishammuddin Tun Hussein
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ting 37, Ibu Pejabat Pemuda UMNO
Menara Dato Onn, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur

Y.B Dato'

DEBAT UMUM BERHUBUNG ISU DOKUMEN PENYELEWENGAN PIMPINAN BARISAN NASIONAL

Didahului dengan doa semoga YB Dato' sentiasa berada dalam keadaan kesejahteraan dan petunjuk daripada ALLAH SWT.

Dengan hormatnya, Pemuda keADILan ingin menarik perhatian YB Dato, berhubung dengan perkara di atas.

Sejak beberapa tahun lalu, Pemuda keADILan telah membangkitkan keresahan masyarakat berhubung dengan salah laku dan amalan penyelewengan di kalangan pimpinan Barisan Nasional.

Malah, Ketua Pemuda keADILan, Sdr Ezam Mohd Noor telah mendedahkan ada beberapa kotak yang mengandungi dokumen penyelewengan pimpinan BN yang beliau percaya disimpan oleh beberapa pihak dan akan diedarkan apabila tiba masanya.

Malah untuk membuktikan dakwaannya, Ezam yang menerima dua dokumen yang membabitkan isu rasuah Dato Seri Rafidah Aziz dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, telah mendedahkan kepada umum kedua-dua dokumen berkenaan.

Hasilnya Ezam di dakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedah dokumen berkenaan. Mahkamah Seksyen Petaling Jaya yang mendengar kes itu kini memanggil Ezam untuk membela diri. Ini membuktikan dokumen tersebut adalah dokumen rasmi Jabatan Peguam Negara dan kandungannya aadalah benar.

Sehubungan itu Pemuda keADILan ingin membuat tawan kepada Pemuda UMNO untuk mengadakan Debat UMUM berhubungan dengan dua dokumen ini terlebih dahulu sebelum Pemuda UMNO berminat membicarakan dokumen-dokumen lain.

Debat ini dicadangkan seperti berikut:

TOPIK : Dokumen rasuah Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik
Tarikh : Mac 2002
Tempat : BEBAS
Penyertaan : Masyarakat UMUM

Bagi tujuan debat ini juga, Pemuda keADILan turut mencadangkan agar seorang moderator bebas dan berkecuali di lantik bagi mengendalikan debat berkenaan.

Keutamaan sekarang ialah Pemuda keADILan ingin melihat kesediaan Pemuda UMNO berhadapan dengan isu dua dokumen ini terlebih dahulu.

Debat yang dicadangkan adalah debat umum dan diadakan di tempat berkecuali dengan menjamin kehadiran masyarakat untuk mengikuti debat berkenaan. Jauh lebih penting debat ini tidak sepatutnya bersyarat.

Sehubungan dengan itu, Pemuda keADILan kini membuka pintu yang seluas-luasnya kepada Pemuda UMNO untuk menyahut cabarab ini. Harapan Pemuda keADILan adalah, memandangkan tarikh yang kami cadangkan adalah March 2002, jawapan pihak YB Dato secepat mungkin amat dialu-alukan.

Sekian, Terima Kasih

BERSAMA MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN

Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Ketua Pemuda keADILan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com