UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Apa motif klip video Memali ???

Saudara yang melihat klip serta peristiwa Memali di TV1 semasa Berita Perdana pernah terfikirkah apa sebenarnya motif rancangan tersebut ? Cuba fikirkan apa motifnya, ini bukan tuduhan cuma spekulasi atau pun andaian . Kerana setiap apa yang disiarkan di media elektronik dan media cetak ada agenda yang tersurat dan tersirat !! Sedangkan ianya bukanlah pengakuan yang dibuat oleh Azmi, ianya hanya satu temuramah yang dipotong-potong dan kemudian ditokok tambah dengan cerita lain oleh pengulas tv.

1. Adakah ianya bertujuan untuk mendatangkan rasa benci orang awam terhadap pihak polis , kerana didapati pihak polis kebelakangan ini kurang menunjukkan brutaliti mereka kerana tiada lagi demonstrasi jalanan oleh puak reformasi ???

2. Adakah ianya bertujuan untuk mendatangkan rasa benci pihak polis pula terhadap mereka yang menyokong BA dengan menunjukkan kembali anggota polis yang tercedera ???

3. Adakah ianya bertujuan untuk membenarkan pihak polis melakukan tindakan yang serupa pada masa terdekat atau akan datang, kerana orang awam akan mengaitkan sebarang tindakan polis selepas ini adalah lanjutan daripada Memali ???

4. Makcik yang memegang kapak, yang memukul pokok, adakah makcik tersebut melakukannya selepas beliau menyedari Ustaz Ibrahim Libya telah syahid ???

5. Dimana pula temuramah dengan pihak polis yang merancang penangkapan Ustaz Ibrahim Libya ???

6. Sudahkah ada kertas putih yang menceritakan Peristiwa Memali tersebut ???

7. Adakah ianya bertujuan untuk mengaitkan kembali Tan Sri Musa Hitam kerana kenyataan Tan Sri Musa kebelakangan mendatangkan simpati kepada beliau ???

8. Adakah video klip Taliban tidak lagi relevan setelah Tok Guru membuat kenyataan yang Muslimat boleh bertanding dalam pilihanraya ???

Walau apa pun motif mereka , walau apa pun rancangan mereka , Allah swt juga merancang, dan perancangan Allah lah yang terlebih baik.

Hj Adnan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com