UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kempen pilihanraya di tempat terbuka patut diharamkan

Walaupun jumlah undi yang BN dapat dalam pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan baru-baru ini telah bertambah tetapi jumlahnya masih tidak menyamai jumlah undi yang mereka dapat pada tahun sebelum 1999. Nampaknya sekarang pilihanraya yang selesa yang telah dinikmati oleh BN seperti pada tahun-tahun sebelum 1999 tidak akan berulang lagi pada masa hadapan ini.

Sekarang ini setiap kali pilihanraya yang diadakan tidak kira samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil sentiasa mencemaskan BN. Perbelanjaan yang begitu besar terpaksa digembelingkan untuk memastikan kemenangan di pihak mereka.

Dari pemerhatian kita di beberapa pilihanraya kecil yang lalu, penyokong-penyokong dari kedua-dua parti yang bertanding sungguh bersemangat sekali sehingga kadang-kadang menjadi sukar untuk dikawal. Sering juga kita dengar pergaduhan berlaku antara penyokong-penyokong parti yang bertanding.

Mungkin di masa yang lalu parti pembangkang begitu lemah, mereka tidak mempunyai ramai penyokong oleh itu keadaan yang tegang semasa berkempen tidak pernah berlaku seperti sekarang ini. Walaupun waktu yang dibenarkan kempen telah dipendekkan menjadi sepuluh hari sebelum hari mengundi tetapi dalam masa 10 hari itu boleh menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

Apabila penyokong-penyokong parti ini berhimpun di tempat yang sama sukar untuk mereka mengawal diri mereka. Sedikit kesilapan dan salah faham akan mudah mencetuskan pergaduhan dan keganasan. Tambah bahaya lagi negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, dan parti politik negara kita juga kebanyakannya diwajahkan oleh kaum-kaum yang ada. Kita bimbang keadaan seperti ini akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menyemarakkan api perkauman. Bila berlaku keganasan perkauman tentulah mala petaka yang lebih besar akan menimpa negara kita.

Untuk mengelakkan kemungkinan keadaan yang buruk ini berlaku kepada negara kita yang aman damai ini, ada baiknya kempen pilihanraya dan merayu undi secara terbuka hendaklah diharamkan sama sekali. Walaupun tindakan ini nampak keterlaluan dan seperti menyekat kebebasan bersuara yang merupakan sebahagian dari amalan demokrasi itu tetapi ini perlu kita lakukan demi kesejahteraan negara kita yang jauh lebih penting lagi.

Bagaimanapun bagi memenuhi kehendak amalan demokrasi yang membenarkan calon-calon atau parti politik yang bertanding menghebahkan manifesto dan berkempen sebelum bertanding maka mereka perlu diberi peluang seluas-luasnya menggunakan media samada media cetak atau media elektronik, yang dipunyai oleh kerajaan atau sawasta untuk menyampaikan manifesto mereka.

Dunia telah berubah, di masa dulu kita tidak ada cara lain untuk berkempen selain bertemu dengan orang ramai secara terus. Di zaman canggih ini kita boleh menggunakan akhbar, radio, TV malah internet untuk berhubung dengan orang ramai. Cara ini lebih selamat, tidak ada perhimpunan ramai, pergaduhan dan keganasan tidak mungkin boleh berlaku.

Tetapi sebagai gantinya pihak kerajaan mestilah mengadakan ruang yang luas untuk parti-parti yang bertanding untuk menggunakan saluran media kerajaan dan sawasta bagi berkempen. Penggunaan media perdana untuk berkempen tidak patut dihadkan kepada parti yang memerintah sahaja.Kita percaya bagaimana keras dan kasarnya kempen yang dilakukan melalui media-media dia tidak akan memberi kesan secara langsung kepada pergaduhan dan keganasan

Wallahualam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com