UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PUNCA & PENYELASAIAN KEGANASAN!!!

Assalamualaikum serta salam sejahtera,

Kita ingin memberi pendapat tentang kebebasan media massa di negara ini. Sejak akhir-akhir ini kita telah didedahkan dengan isu seperti Memali dan yang terbaru isu keganasan yang berlaku di Kedah di mana sebuah trak polis telah dibakar. Kita ingin tahu apa sebenarnya punca keganasan yang berlaku diseluruh dunia ini. Para professor-professor yang memberi ulasan dalam TV kebanyakan nya seolah-olah menyokong tindakan zalim kerajaan terhadap rakyak yang menyokong pembangkang. Kita memang mengormati pandangan mereka ini tapi sayang sekali mereka ini lebih condong kepada pemerintah yang nyata berat sebelah. Mereka soalah-olah telah diperalatkan oleh media massa kerajaan untuk menyokong tindakan zalim mereka terhadap rakyat.

Kalau mereka ini betul-betul bebas dalam memberi pandangan mereka sepatutnya mereka ini berbincang secara terbuka dengan pemimpin-peminpin pembangkang. Jemputlah mereka ini ke forum-forum perdana di Media Massa seperti TV supaya semua rakyat dapat menilai sendiri pandangan mereka. Jangan cuba menyekat kebebasan rakyat untuk mendapat maklumat.

Apa punca keganasan?

Sepatutnya para professor serta ahli fikir & para analisis politik mengkaji apa sebenarnya punca keganasan bukan hanya menyalahkan orang yang menganas. Kalau tidak ada sebab tak kan orang akan menganas tidak tentu pasal. Mesti ada sebab dan puncanya. Mungkinkah salah satu punca keganasan berlaku disebabkan hak-hak mereka ini telah dirampas serta kebebasan mereka ini disekat? Bila kita sebut kebebasan bukan bermakna kita mahu bebas sebebasnya tanpa ada batasannya. Kita masih perlukan undang-undang untuk mengawal kebebasan tapi janganlah sampai menyekat kebebasan rakyat untuk mendapat maklumat yang sebenarnya berlaku di negera ini. Seperti sekatan ceramah umum,pengharaman akhbar-akhbar dari pihak pembangkang dan juga media massa lansung tidak memberi ruang kepada pemimpin-peminpin pembangkang menjelaskan isu-isu semasa. Selalunya yang kita dengar ialah komen-komen yang memburuk-burukan parti pembangkang seolah-olah semua punca keganasan yang berlaku di negara ini berpunca dari pembangkang. Tapi mereka ini lupa bukan semua keganasan berpunca dari pembangkang tapi dalam parti pemerintah pun ada juga berlaku keganasan seperti yang berlaku dalam pemilihan parti mereka ini dimana ada orang yang bertikam serta melontar kerusi. Semua ini berlaku bukan berpunca dari pembangkang tapi diri mereka sendiri yang tidak berpuas hati. Jadi mengapa hanya menyalahkan pembangkang bila berlaku keganasan???

Sebab berlaku keganasan

Sebab-sebab keganasan berlaku mungkin salah satu sebabnya ialah bila kebebasan serta hak-hak seseorang itu telah dicabuli maka berlakulah tindakan balas berlaku seperti kita umpamakan satu aliran air yang mengalir dari gunung dan sebagainya, bila air itu bebas mengalir ianya akan mengalir mengikut arah yang betul tapi bila kita menghalang air itu dengan benteng maka air yang mengalir itu mula tersekat. Bila air yang penuh itu disekat lama-kelamaannya akan penuh serta melimpah keluar. Bila ia melimpah keluar maka berlakulah banjir disana sini sebab air itu sudah tidak dapat mengalir mengikut arus yang betul.

Begitulah menusia bila mereka disekat lama-kelamaan mereka akan berusaha juga untuk memecah benteng yang menghalang kebebasan mereka. Kita sepatutnya memberi laluan yang sepatutnya kepada mereka ini untuk meluah perasaan mereka.

Bila mereka sudah dapat meluahkan perasaan mereka ini segala masalah yang terpendam dalam hati mereka dapat dicurahkan dengan sewajarnya. Jadi kuranglah tension atau tekanan didalam hati mereka ini.

Cara Penyelasaian

Kita harap pihak pemerintah dapat memberi perhatian yang sewajarnya perkara tersebut dibawah ini.

a) Kebebasan Media Massa

Berilah peluang untuk rakyat mendengar penjelasan yang sebenarnya dari semua pihak baik dari parti BN dan juga parti pembangkang. Biarkan rakyat sendiri yang menilai baik-buruk sesuatu perkara tersebut. Kita yakin bila perkara ini berlaku rakyat tidak perlu lagi berhimpun diceramah umum kerana mereka boleh mendapat penjelasan dari semua pihak melalui Media Massa perdana seperti TV, Radio dan sebagainya dirumah. Adakan forum perdana diantara pemimpin parti pemerintah dengan parti pembangkang.

b) Beri peluang kepada rakyat meluahkan perasaan mereka melalui media massa

Media massa seharusnya memberi peluang yang sewajarnya kepada rakyat untuk menluahkan perasaan mereka melalui media massa yang tersebut tadi. Jadi kita tak perlu lagi takut dengan perhimpunan haram kerana semua rakyat dapat mengikuti penjelasan melalui Media Massa tersebut. Jangan sekat media massa berilah ruang yang sewajarnya kepada semua pihak.

c) Jangan memburukan seseorang melalui Media Massa

Hentikanlah propaganda yang melampau di Media Massa. Pihak media massa kerajaan hendaklah berlaku adil terhadap semua pihak kerana bila seseorang difitnah melalui media massa tersebut sewajarnya berilah peluang kepada orang yang tersebut membela diri serta memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Jangan kita hanya mendengar pandangan disebelah pihak saja terutama sekali bila ia menyentuh hal-hal politik. kita hanya mendengar dari pihak pemerintah saja sedangkan penyelesaian dari pihak pembangkang tidak ada langsung. Disini nampak dengan jelas sekali ada berlaku ketidakadilan dalam lapuran media massa.Berilah peluang sama rata biar kita sendiri mendengar penjelasan dari semua pihak.

Diharap perkara tersebut diatas mendapat perhatian sewajarnya dari semua pihak. Mungkin memang sukar bagi kita untuk menghapusan keganasan yang berbentuk lain tapi sekurang-kurangnya kita dapat membendung perkara tersebut dari berleluasan. Kita yakin kalau pihak kerajaan berlaku adil terhadap semua pihak serta pihak pembangkang, Insya-Allah tidak akan berlaku orang menyerang polis serta membakar trak polis di negara ini kerana rakyat sudah mendapat maklumat yang sewajarnya dari semua pihak lebih-lebih lagi pihak pembangkang sendiri. Rakyat cuma ingin penyelesaian dari apa yang sebenarnya yang berlaku. Berilah keadilan kepada semua pihak sedangkan kita tahu bila ada perhimpunan Umno boleh disiarkan secara langsung melalui TV seolah-olah TV Malaysia ini milik mereka. Apa kata semua pihak dapat peluang yang sama tentu akan lebih baik lagi kerana semua pihak dapat menyampaikan ucapan serta amanat pemimpin mereka ini kepada semua rakyat.

Bolehkah perkara tersebut berlaku dalam Malaysia ini??? Ya, boleh kalau kerajaan Malaysia bersikap terbuka kepada semua pihak dan tidak takut menghadapi kenyataan. Mungkin tidak sebab ada orang yang berkepentingan tertentu tidak mahu kepentingan mereka terjejas bila semua perkara tersebut berlaku nanti dimana semua orang dapat maklumat yang betul dan tepat. Tepuk dada tanya iman.

Sekian diharap semua pihak yang terbabit dapat menilai sendiri pandangan ini secara terbuka.

Rakyat yang ingin kebenaran,
Anak Malaysia






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com